• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup

Oleh
Ismail NA
1 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Mbak ilek semua.

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup. Walau pun Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan pembukaan semula pawagam adalah dibenarkan bermula 1 Julai 2020, namun berbeza pula situasinya di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Mbak ilek semua.
  • Belum buka sebab JPBNS belum beri kata putus
  • Netizen terhibur admin GSC guna bahasa Melayu Sarawak
  • Pawagam lain di Sarawak turut menunggu kebenaran dari kerajaan negeri
  • Lagi artikel lain yang berkaitan :
  • Ini pula al-kisah panggung wayang setelah 2 bulan PKP :

Belum buka sebab JPBNS belum beri kata putus

Rakyat Sarawak semestinya harus menunggu sedikit masa lagi untuk kembali menonton filem kegemaran di panggung wayang kerana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) masih belum memberikan kata putus tentang tarikh pembukaan pawagam di Sarawak.

Menerusi kiriman laman Facebook rasmi pawagam GSC, sebuah poster pesanan ringkas yang dimuat naik pada 29 Jun yang lalu telah menarik perhatian rakyat Sarawak. Poster tersebut menyatakan bahawa pawagam nya belum dapat dibuka dalam bahasa Melayu Sarawak.

Melalui kiriman yang sama, pihak GSC berpesan agar rakyat Sarawak dapat bersabar kerana pawagam pasti akan dibuka tidak lama lagi. Terdapat 2 cawangan GSC di Sarawak iaitu GSC CityONE Megamall, Kuching dan GSC Bintang Megamall, Miri.

Iboh alu nak ngoncang pagar.

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup
Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup
Sumber : FB GSC Cinemas

Netizen terhibur admin GSC guna bahasa Melayu Sarawak

Namun, poster tersebut mendapat perhatian apabila ramai yang terhibur dengan penggunaan bahasa Melayu Sarawak yang jarang digunakan untuk hebahan sedemikian.

Malah, netizen terutamanya warga Sarawak lebih menyenangi pendekatan pentadbir baru laman Facebook tersebut yang memanfaatkan kebolehan berbahasa Melayu Sarawak untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Mengeratkan sillaturrahim lah katakan.

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup

Pawagam lain di Sarawak turut menunggu kebenaran dari kerajaan negeri

Sementara itu, sebuah lagi pawagam iaitu MBO Cinemas turut mengeluarkan poster senarai pawagam yang belum dapat dibuka termasuklah salah satu cawangannya di pusat membeli belah The Spring, Kuching.

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup
Sumber : FB MBO Cinemas

LFS Cinemas pula hanya membuka dua cawangan iaitu LFS Sandakan dan LFS Kuala Terengganu. Masing-masing akan dibuka pada 2 Julai dan 4 Julai manakala cawangan yang selebihnya akan dibuka pada bila-bila masa bulan Julai.

Poster GSC Guna Bahasa Sarawak Tarik Perhatian, Umum Pawagam Di Sarawak Masih Tutup
Sumber : FB LFS Cinemas

Sebuah lagi pawagam iaitu TGV telah membuka pawagamnya bermula hari ini kecuali beberapa cawangan yang dibuka sedikit lewat iaitu TGV 1 Utama pada 4 Julai, TGV Cheras Selatan, TGV Bukit Tinggi dan TGV Encorp Strand pada 9 Julai.

TGV di Sarawak pula pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Dua cawangannya di Sarawak terletak di Vivacity Megamall, Kuching dan Imperial City Mall, Miri.

Sumber : FB TGV Cinemas

SOP operasi semula pawagam seperti yang telah ditetapkan oleh MKN ialah tempat duduk dengan jarak 1 meter antara penonton, penonton berusia 12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas tidak dibenarkan masuk serta mengisi maklumat peribadi untuk pengesanan kontak di pintu masuk.

Kredit : BloombergQuint

Harapnya JPBNS dapat beri kata putus secepat mungkin. Orang Sarawak dah tak sabar dah tu.

Sabar semuanya ya? Sik lamak gik ya. Lek jak.

Bila sudah dibuka nanti, diharap semua dapat mematuhi SOP yang ditetapkan serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

Lagi artikel lain yang berkaitan :

Ini pula al-kisah panggung wayang setelah 2 bulan PKP :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai Ini Untuk Kelas Bukan Peperiksaan
Next Article Pemohon Tingkatan 6 Kini Boleh Periksa Status Dalam Talian Pemohon Tingkatan 6 Kini Boleh Periksa Status Dalam Talian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?