• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings ‘Upgrade’ Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri

Oleh
Aina Musa
15 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings 'Upgrade' Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri

Kerajaan Sarawak setuju secara prinsip ambil alih MASwings

Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings ‘Upgrade’ Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri. Kerajaan Sarawak bersedia mengambil alih syarikat penerbangan MASwings untuk dijadikan sebagai syarikat penerbangan butik milik negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, rundingan lanjut sedang dijalankan dengan Kerajaan Persekutuan bagi melengkapkan pengambilalihan syarikat terbabit.

Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings 'Upgrade' Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri
Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings ‘Tukar’ Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri. Kredit: Astro Awani

Abang Johari berkata, secara prinsipnya kerajaan Sarawak sudah bersetuju untuk mengambil alih operasi MASwings.

“Sudah ada perkembangan positif dalam rundingan untuk kita mengambil alih MASwings dan kami bersedia ke arah itu” katanya.

Abang Johari berkata, turut dirunding dengan Kerajaan Persekutuan ialah rancangan kerajaan Sarawak untuk mengoperasikan syarikat penerbangan butik di luar Borneo.

Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings 'Upgrade' Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri

Ini kerana katanya, MASwings hanya mengendalikan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

“Kita mahu syarikat penerbangan butik milik kerajaan Sarawak menyediakan perkhidmatan penerbangan antara wilayah kerana matlamat penubuhan syarikat itu adalah untuk menstabilkan harga tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Borneo.

“Ketika ini MASwings tidak menyediakan penerbangan ke Kuala Lumpur atau Singapura sedangkan kita mahu menyediakan penerbangan dari Borneo ke wilayah Semenanjung,” katanya.

MASwings adalah syarikat penerbangan serantau yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Sarawak Sedia Ambil Alih MASwings 'Upgrade' Jadi Syarikat Penerbangan Sendiri

Syarikat berkenaan mengambil alih laluan yang dikendalikan oleh FlyAsianXpress dan penerbangan RAS oleh Malaysia Airlines pada 2007.

Pada 17 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permohonan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri bagi menangani masalah kos tiket penerbangan yang tinggi antara Semenanjung ke Sarawak dan Sabah.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Jo Cipta Sejarah, Terbang Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Dari ‘Lumut’
Abang Jo ‘Volunteer’ Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik Buat Penggemar Sushi, Empire Sushi Pertama Di Sarawak Bakal Mula Beroperasi 21 Jun Ini Berita Baik Buat Penggemar Sushi, Empire Sushi Pertama Di Sarawak Bakal Mula Beroperasi 21 Jun Ini
Next Article Guna Kematian Rakan Untuk Promosikan Pakej Insurans, Netizen 'Turn Off' Dengan Taktik Jualan Individu Ini Guna Kematian Rakan Untuk Promosikan Pakej Insurans, Netizen ‘Turn Off’ Dengan Taktik Jualan Individu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?