• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek Infrastruktur bernilai RM 600 Juta ini kini dibuka

Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa. Dilaporkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beliau sendiri menunggang motosikal melintasi Jambatan Muara Lassa sempena majlis perasmiannya di Daro, Mukah hari ini.

Jambatan sepanjang 2.43km ini dibina dengan kos hampir RM600 juta, menjadikannya jambatan kedua terpanjang di Sarawak selepas Jambatan Batang Lupar. Ia kini menjadi penghubung utama antara Daro dan Pulau Bruit, membuka lebih banyak peluang pembangunan kepada penduduk kawasan ini.

Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa
Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa . Sumber gambar: FB Jabatan Kerja Raya Sarawak

Sarawak mampu menjana pendapatan sendiri

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook UKAS, Premier Sarawak menegaskan bahawa jambatan ini adalah bukti bagaimana keharmonian politik dan kestabilan kerajaan negeri membolehkan Sarawak menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada Putrajaya.

“Kita tak perlu bergantung pada Putrajaya. Kalau mereka nak batalkan projek, biar mereka batalkan. Kita buat sendiri,” kata beliau, merujuk kepada pembatalan beberapa projek jambatan oleh kerajaan persekutuan pada 2018.

Beliau turut menekankan bahawa projek-projek infrastruktur seperti jambatan, jalan raya, AirBorneo, dan lapangan terbang baharu akan menjadi pemacu utama ekonomi Sarawak, sekaligus memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa
Sumber gambar: FB Jabatan Kerja Raya Sarawak

Selepas menunggang motosikal melintasi jambatan, Abang Johari memuji struktur binaannya yang “sangat lancar”, dan yakin ia akan mengubah landskap pembangunan Daro dan Pulau Bruit.

Beliau turut mengumumkan bahawa Jambatan Rajang dijangka siap pada Mac ini, sekali gus akan menghubungkan Daro ke Sarikei dan Sibu. Ini adalah sebahagian daripada perancangan besar Sarawak Coastal Road Project, yang bertujuan untuk meningkatkan akses darat bagi penduduk luar bandar yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan feri untuk menyeberangi Batang Lassa.

Selain memudahkan perjalanan, projek ini juga bakal membuka lebih banyak akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan, serta peluang ekonomi buat penduduk sekitar.

Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa
Sumber gambar: FB Jabatan Penerangan Sarawak

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian & Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta menteri-menteri dan wakil rakyat lain.

Dengan perasmian Jambatan Muara Lassa ini, Sarawak kini selangkah lebih dekat dalam menjadikan jaringan jalan raya dan infrastrukturnya bertaraf lebih baik!

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50
Bakal Jadi Jambatan Tertinggi Malaysia, Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Jun 2026
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakal Jadi Jambatan Tertinggi Malaysia, Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Jun 2026
Next Article Ini Sebab Kenapa Gen Z Suka Tonton Video Pendek Berbanding Filem Panjang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?