• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bakal Jadi Jambatan Tertinggi Malaysia, Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Jun 2026

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembinaan jambatan ini menelan kos sebanyak RM 223.6 juta

Bakal Jadi Jambatan Tertinggi Malaysia, Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Jun 2026. Dilaporkan, Sri Aman bakal mendapat satu lagi mercu tanda ikonik! Jambatan Batang Lupar 2, yang menghubungkan Sri Aman dan Lidong, Betong, dijangka siap pada Jun 2026. Dengan kos pembinaan bernilai RM223.6 juta, jambatan sepanjang 2 kilometer dan setinggi 870 meter ini bukan sekadar infrastruktur biasa, tapi bakal jadi jambatan ‘cable-stayed’ tertinggi di Malaysia!

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) dan beberapa agensi kerajaan telah turun padang bagi meninjau perkembangan projek ini serta menangani isu-isu pelaksanaannya.

Bakal Jadi Jambatan Tertinggi Malaysia, Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Jun 2026. Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Mercu tanda baharu & tarikan pelancongan

Bukan sekadar jambatan biasa, Batang Lupar 2 bakal masuk dalam Guinness Book of Records sebagai jambatan ‘cable-stayed’ tertinggi di Malaysia! Ini bermakna, selain berfungsi sebagai laluan utama, jambatan ini juga mampu menarik pelancong yang ingin menikmati panorama indah Batang Lupar.

Sumber gambar: FB Simanggang Update

Lokasi utama untuk menyaksikan fenomena benak Batang Lupar

Lebih menarik, jambatan ini juga akan menjadi lokasi utama untuk menyaksikan fenomena benak Batang Lupar satu fenomena air pasang besar yang sangat unik dan hanya boleh ditemui di beberapa lokasi terpilih di dunia!

Dengan pembinaan jambatan ini, penduduk sekitar bakal menikmati perjalanan yang lebih lancar, manakala sektor pelancongan Sri Aman dijangka semakin berkembang pesat. Siapa excited nak tengok jambatan ni siap nanti?

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Gula-Gula Gummy Kini Dilarang Dijual Di Semua Platform Dalam Talian Dan Pasaran Domestik
Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50
SUMBER :Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Muzium Di Sarawak Yang Anda Boleh Lawati Ini Senarai Muzium Di Sarawak Yang Anda Boleh Lawati
Next Article Premier Sarawak Naik Motosikal, Rasmi Pembukaan Jambatan Muara Lassa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?