• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet Ramadan Dan Sebagainya

Oleh
Nazihah AN
21 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet Ramadan Dan Sebagainya

Premis Tanpa Sijil Halal Dilarang Iklankan “Buffet Ramadan”

Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet Ramadan Dan Sebagainya. Bulan Ramadan semakin hampir, dan ramai rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk menikmati pelbagai juadah berbuka puasa. Namun, bagi pengusaha hotel dan premis makanan yang ingin menawarkan buffet Ramadan, ada satu perkara penting yang perlu diberi perhatian!

Menurut kenyataan rasmi dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), mana-mana hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah dilarang menggunakan istilah yang merujuk kepada makanan berbuka puasa dalam sebarang bentuk pengiklanan.

Premis Yang Tidak Mempunyai Sijil Halal Dilarang Guna Istilah Buffet Ramadan Dan Sebagainya

Istilah Yang Tidak Boleh Digunakan

Antara istilah yang dilarang digunakan dalam promosi atau iklan jika premis tersebut tidak mempunyai sijil halal adalah:

❌ Buffet Ramadan
❌ Iftar Ramadan
❌ Jom Iftar
❌ Citarasa Ramadan
❌ Makanan Orang Islam
❌ Jom Berbuka
❌ Selera Ramadan
❌ Dijamin Halal
❌ Buffet Buka Puasa
❌ Set Ramadan

Dan banyak lagi frasa yang boleh dikaitkan dengan makanan halal untuk berbuka puasa.

Kenapa Peraturan Ini Dikuatkuasakan?
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim. Ia bagi memastikan hanya premis yang benar-benar memiliki sijil halal yang sah boleh mempromosikan buffet berbuka puasa menggunakan istilah yang boleh memberi gambaran makanan tersebut halal.

Denda Sehingga RM10 Juta Jika Melanggar Peraturan!

Peraturan ini adalah berdasarkan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). Jika melanggar peraturan ini, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi individu dan tidak melebihi RM10 juta bagi syarikat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal).

Nak Buat Buffet Ramadan? Pastikan Ada Sijil Halal Dulu!

Bagi peniaga yang ingin menawarkan perkhidmatan buffet Ramadan atau pakej berbuka puasa, mereka disarankan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu. Ini bukan sahaja bagi mengelakkan tindakan undang-undang tetapi juga untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan Muslim terhadap makanan yang disediakan.

Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan isu ini, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak di talian 082-507510 atau emel ke [email protected].

Baca juga cerita semasa di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jangan Lepaskan Peluang, Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Di Sabah
Next Article Orang Bajau Laut Hidup Di Perahu, Ketahui Fakta Menarik Tentang Sea Gypsies

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?