• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang mewah dan premium lah rumah panjang ni!

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini. Sebut sahaja mengenai rumah panjang pasti ramai menggambarkan rumah kayu yang berpuluh-puluh tahun atau ratusan tahun usianya serta dibina secara memanjang di kawasan pedalaman Sarawak kan?

Rumah panjang merupakan rumah tradisi kaum Iban di Sararawak yang dibina secara memanjang dan mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini. Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Semakin banyak rumah panjang moden zaman ini

Seiring dengan dengan perubahan zaman pada masa kini, terdapat banyak rumah panjang di luar sana yang sudah semakin maju dari segi reka bentuk luaran dan dalamannya.

Untuk pengetahuan, rumah panjang moden ini masih lagi mengekalkan konsep rumah panjang di mana ianya dibina secara memanjang dan mempunyai banyak bilik yang bakal didiami oleh sesebuah keluarga.

Bezanya adalah ia dibina dengan menggunakan simen dan bata berbanding kayu, reka bentuknya pula lebih moden, mempunyai kemudahan, kemudahan yang selesa serta mempunyai bekalan elektrik yang tidak menggunakan generator.

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Video rumah panjang moden di TikTok raih jutaan tontonan

Di TikTok, seorang pengguna media sosial ini telah berkongsi sebuah video di mana dia menunjukkan suasana rumah panjang moden di Sarawak.

Video dengan tontonan 2.6 juta (setakat artikel ini ditulis) tersebut kemudiannya telah menarik perhatian ramai netizen di mana mereka rata-ratanya berasa kagum dengan rumah panjang moden berkenaan.

Rumah panjang moden berkenaan bukan sekadar besar malah ia juga mempunyai kolam serta ruang tamu luas yang dilengkapi dengan perabot-perabot yang mewah!

Baca komen netizen di sini:

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam
Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam
Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam
Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Kini semakin banyak rumah panjang yang dibina secara moden di Sarawak. Kalau anda berkesempatan dan bertuah boleh melawati salah satu rumah panjang moden di sini, anda pasti akan berasa lebih kagum!

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai rumah panjang moden dan rumah panjang asli di sini:

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
SUMBER :TikTok @lakeknyam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Obor-Obor Dikesan Di Dua Pantai Utama KK, DBKK Keluar Amaran Larangan Berenang Obor-Obor Dikesan Di Dua Pantai Utama KK, DBKK Keluar Amaran Larangan Berenang
Next Article Kecoh Isu Tempat Duduk Penumpang Penuh Dengan Pelekat Kuning, Ini Penjelasan Air Asia Kecoh Isu Tempat Duduk Penumpang Penuh Dengan Pelekat Kuning, Ini Penjelasan Air Asia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?