• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat

Oleh
Ismail NA
8 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Adakah anda sebuah startup yang perlu lonjakan perniagaan? Ini peluang anda.

Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat. Jika anda merupakan seorang usahawan syarikat pemula yang berazam tinggi, pasti ini adalah berita baik untuk anda! Permohonan untuk menyertai program TEGAS Startup Lab (TSL) yang dianjurkan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) kini telah dibuka.

Isi Isi Penting
  • Adakah anda sebuah startup yang perlu lonjakan perniagaan? Ini peluang anda.
  • Program 5 bulan untuk kembangkan perniagaan anda
  • Bimbingan daripada pakar yang melahirkan startup terkenal Malaysia, TheLorry!
  • Kerjasama erat antara TEGAS, WatchTower & Friends dan pitchIN
  • Apa kelayakan menyertai TSL?
  • Baca juga pencapaian alumni program Hub Inovasi Digital TEGAS menerusi artikel ini :

Program pecutan tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) kini kembali lagi untuk edisi yang keempat. Permohonan TEGAS Startup Lab (TSL) kini dibuka untuk pengambilan batch keempat.

TSL merupakan program pecutan program pecutan peringkat awal berdurasi 5 bulan yang bertujuan untuk menghubungkan syarikat pemula tempatan dengan mentor, pelabur dan pakar industri yang tepat.

Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Sumber foto : TEGAS Digital Innovation Hub

Dengan itu, mereka akan dapat mencapai sasaran serta menjana perkembangan dengan berkesan. Program pecutan TSL ini dianjurkan selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai usahawan berasaskan teknologi (technopreneurs) sekaligus mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di dalam negeri.

Program 5 bulan untuk kembangkan perniagaan anda

Bagi mereka yang berjaya memasuki TSL kali keempat ini, para peserta akan mengikuti program ini selama 5 bulan bermula dari bulan September 2020 sehingga Januari 2022 dengan kerjasama WatchTower & Friends dan pitchIN.

Menurut YB Datu Haji Len Talif Salleh, Pengerusi TEGAS yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, TSL berfungsi membantu syarikat pemula dan usahawan tempatan dalam mencapai produk-sesuai-pasaran.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, TSL telah membantu 15 syarikat  pemula dari seluruh Sarawak dengan memberikan bimbingan, fasilitasi pendanaan, akses kepada pasaran dan rakan ekosistem serta akses percuma ke TEGAS Digital Innovation Hub di Kuching, Bintulu dan Miri. Alumni kami yang terkenal antara lainnya adalah Borneo Digital, Volume R&D, RealFun Learning, Darmadia dan Call Aladdin,”

YB Datu Haji Len Talif Salleh
Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
YB Datu Haji Len Talif Salleh, Pengerusi TEGAS

Bimbingan daripada pakar yang melahirkan startup terkenal Malaysia, TheLorry!

Untuk makluman anda, syarikat pemula yang terpilih untuk TSL akan mendapat bimbingan daripada pakar industri dan pengasas syarikat pemula yang terkenal di Malaysia, akses kepada kerajaan dan agensi pembiayaan serta rangkaian pelabur dan rakan ekosistem TEGAS.

Selain itu, mereka turut mendapat akses selama 5 bulan di Hub Inovasi Digital TEGAS di Kuching, Bintulu, Miri dan Escape by Etiqa di Kuala Lumpur serta akses selama 6 bulan bagi platform bimbingan dalam talian, FutureLab.

Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Escape by Etiqa di Kuala Lumpur. Kredit foto : Office Snapshots

Manfaat lain yang boleh anda perolehi setelah anda berjaya bergelar alumni TSL adalah termasuk biasiswa untuk kursus pensijilan profesional dalam talian dari Digital Marketing Institute dan laluan hijau untuk menyertai program ‘scale-up’ yang dianjurkan oleh TEGAS Digital Village (TDV).

Kerjasama erat antara TEGAS, WatchTower & Friends dan pitchIN

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WatchTower & Friends dan pitchIN, Sam Shafie meluahkan rasa gembira kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan TEGAS untuk program TSL pada tahun ini. Malah, kerjasama yang dijalinkan ini akan diperkukuhkan lagi dengan TEGAS dalam usaha untuk mengembangkan syarikat pemula tempatan dan membina ekosistem pemula yang inklusif di Sarawak.

Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Sam Shafie, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WatchTower & Friends dan pitchIN

WatchTower & Friends pun bukannya calang-calang tau! Syarikat ini telah berjaya menghasilkan syarikat pemula yang berjaya seperti TheLorry, MoneyMatch, MyCash Online, PostCo, ParkIt, Lapasar dan Omnimatics. Syarikat pemula tempatan yang dipilih untuk TSL akan mendapat bimbingan secara langsung daripada beberapa pengasas terkemuka dalam membantu perjalanan syarikat pemula mereka.

Apa kelayakan menyertai TSL?

TSL terbuka untuk syarikat pemula dan perniagaan yang didaftarkan di bawah SSM (atau badan pendaftaran lain yang diiktiraf) dengan sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Sarawak atau seorang pengasas dari Sarawak, yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dengan bukti hasil pemerolehan pelanggan.

Hanya 5 syarikat pemula yang akan dipilih untuk program selama lima bulan ini. Persaingan sangat sengit, jadi rebut tempat anda sekarang!

Untuk memohon, sila tekan butang berikut ;

PENDAFTARAN TEGAS STARTUP LAB KALI KE-4

Baca juga pencapaian alumni program Hub Inovasi Digital TEGAS menerusi artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat
Next Article Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?