• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan

Oleh
Ismail NA
23 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibu sendiri pun diancam cedera, inikan pula orang lain.

Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan. Mahkamah Majistret di Kuching hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3,000 kepada seorang penganggur lelaki yang bertindak mengancam nyawa ibunya sendiri.

Kejadian tersebut berlaku pada 19 Ogos yang lalu pada jam 7 pagi di rumah kelaurganya di Kampung Tupong Batu di Petra Jaya, Kuching. Sewaktu kejadian, penganggur berkenaan mula bertindak ganas dan mengacukan pisau lipat di leher ibunya sendiri sambil mengugut agar ibunya memberikannya sejumlah wang mengikut permintaannya.

Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan
Gambar hiasan.

Bimbang akan keselamatan dirinya, ibu penganggur terbabit membuat laporan polis dan penganggur berkenaan ditahan pada keesokan harinya, 20 Ogos 2022.

Penganggur berkenaan juga didapati terlibat dadah

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan bahawa Abdul Rashid Daud@Dawok, penganggur berusia 35 tahun dijatuhkan hukuman denda RM 3,000 berserta penjara 3 bulan mandatori atas kesalahan terbabit.

Penganggur terbabit yang tidak diwakili oleh peguam telah mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan
Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan

Hasil siasatan turut mendapati bahawa lelaki berkenaan juga terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Sesungguhnya ini adalah sebuah peringatan buat anak muda di luar sana agar menjauhi najis dadah. Hatta ibu sendiri pun boleh diancam cedera dan bunuh, inikan pula individu lain di luar sana.

Awal tahun ini, seorang pemuda telah dicekup mengedar dadah berjumlah lebih RM 1 juta:

Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Buat Pertama Kalinya, Kuching Bakal Guna Kaedah Baharu Untuk Kesan Dadah Dalam Kurier
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup
Next Article Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?