• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Prof Dr. Justin Rakyat Malaysia Pertama Tawan Musim Sejuk Antartika

Oleh
Farisha
29 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Profesor UMS berjaya selesai ekspedisi Antartika

Prof Dr. Justin Rakyat Malaysia Pertama Tawan Musim Sejuk Antartika. Saintis negara, dari Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Justin Sentian diiktiraf sebagai rakyat Malaysia pertama menjalani ekspedisi di Antartika semasa musim sejuk dan paling lama berada di Antartika iaitu tujuh bulan.

Menurut laporan, setelah menjalankan penyelidikan musim sejuk berkaitan perubahan iklim, di Semenanjung Antartika dalam keadaan cuaca melampau, beliau selamat tiba di tanahair, malam Jumaat (27 Oktober).

Sumber foto: borneopost

“Sebanyak 197 sampel gas dari udara, salji, ais laut dan air laut, telah diambil untuk kajian kandungan spesies halokarbon seperti bromokarbon serta memperoleh data yang merekodkan variasi kepekatan ozon permukaan dan beberapa spesies gas hidrokarbon sepanjang musim sejuk di Antartika,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

Antara cabaran yang dilaluinya

Sementara itu, Justin menyatakan bahawa antara cabaran yang dilalui sepanjang berada di Antartika ialah menghadapi keadaan cuaca yang sangat ekstrem dengan suhu udara mencapai -44 darjah Celsius dan kelajuan angin dengan ribut salji mencecah 120 kilometer/jam serta cuaca yang tidak menentu dalam sehari yang menyukarkan beliau untuk mengambil sampel kajian.

“Walaupun ada kekangan sedikit dari segi masa, namun dari segi keseluruhan segala-galanya berjalan dengan baik dan tidak ada apa masalah,” katanya selepas ditemui pemberita, memetik berita rtm.

Beliau berharap kajiannya dapat menyumbang kepada seluruh rakyat

Dalam pada itu, Justin turut berharap bahawa kajiannya dapat menyumbang kepada kalangan saintis kimia atmosfera serta kepada seluruh masyarakat tempatan dan global untuk lebih memahami perhubungan kompleks dengan isu-isu semasa seperti perubahan iklim dan penipisan ozon di Antartika.

Ekspedisi selama tujuh bulan itu dijayakan bersama rakan penyelidik, Profesor Julio Escudero dari Chile di stesen penyelidikan milik Chile yang terletak di Pulau King George, Antartika yang dianjurkan oleh YPASM dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno, dan Kedutaan Chile di Malaysia.

Baca juga artikel yang berkaitan mengenai saintis:

Saintis Jumpa Spesies Tumbuhan Baharu, Namakan ‘Bunga Lalisa’ Sebagai Tanda Penghormatan
Saintis Israel Dakwa Boleh Hasilkan Model Embrio Manusia Tanpa Sperma, Telur Atau Persenyawaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Indonesia Berjaya Terbangkan Pesawat Pertama Guna Campuran Minyak Sawit Indonesia Berjaya Terbangkan Pesawat Pertama Guna Campuran Minyak Sawit
Next Article Ala-Ala New Zealand, Ladang Tenusu Desa Cattle Kundasang Jadi Tarikan Pelancong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?