• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Projek Pembinaan Di Tanjung Embang Ambil Inspirasi Dari Jepun Dan Qatar

Oleh
Nazihah AN
23 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Dua Projek Pembinaan Di Tanjung Embang Ambil Inspirasi Dari Jepun Dan Qatar

Sarawak bakal miliki Deep-Sea Port diinspirasi dari Port Kobe Jepun

Dua Projek Pembinaan Di Tanjung Embang Ambil Inspirasi Dari Jepun Dan Qatar. Sarawak bakal melakar sejarah baharu dengan pembinaan pelabuhan laut dalam (deep-sea port) di Tanjung Embang. Projek ini akan dibina di atas pulau buatan dan diinspirasikan daripada Port of Kobe, Jepun, dengan mengintegrasikan teknologi moden serta kemudahan pelabuhan bertaraf antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa projek ini penting untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh Sarawak River yang cetek, sekali gus menyukarkan kapal-kapal besar untuk berlabuh. Beliau berkata,

Apabila bercakap mengenai pelabuhan, kita sering membayangkan pelabuhan di tepi sungai atau laut. Namun, Sarawak River yang cetek meletakkan kita dalam situasi kurang berdaya saing. Jika kapal besar tidak dapat berlabuh, ia berisiko menjejaskan perdagangan eksport dan import kita.”

Dua Projek Pembinaan Di Tanjung Embang Ambil Inspirasi Dari Jepun Dan Qatar

Teknologi dan Kejuruteraan Moden Jadi Kunci

Dalam ucapan beliau sempena Graduates Enhancement Training Sarawak – Work Readiness Programme (GETS-WRP), Abang Johari menyatakan bahawa pembinaan pelabuhan ini memerlukan pendekatan inovatif serta teknologi kejuruteraan tinggi.

Beliau turut menyeru jurutera tempatan untuk tampil kreatif dan menghasilkan reka bentuk moden yang mampu menampung keperluan kapal besar serta memudahkan sistem pengangkutan kargo dari laut ke darat.

Dengan teknologi yang betul, Sarawak boleh membina pelabuhan di tengah laut. Namun, ini memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi,” tambah beliau.

Projek Berskala Besar, Termasuk Lapangan Terbang Baharu

Selain deep-sea port, Sarawak turut akan membina lapangan terbang baharu di Tanjung Embang, yang mengambil inspirasi daripada reka bentuk moden Lapangan Terbang Doha. Kedua-dua projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi kawasan Samarahan Division menjadi hab ekonomi baharu di Sarawak.

Pelabuhan laut dalam ini juga akan dilengkapi terminal gas berteknologi tinggi, menjadikannya salah satu komponen penting dalam strategi industri dan tenaga negeri ini.

Anggaran Kos RM100 Bilion

Gabungan dua projek mega ini dianggarkan bernilai RM100 bilion dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (13MP). Pelaburan besar ini dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak, sekaligus meletakkan negeri ini setanding dengan hab ekonomi global lain.

Ini sebab kenapa Sarawak memilih Tanjung Embang untuk dijadikan port pelabuhan dan lapangan terbang baharu, baca di bawah:

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
Sarawak Dedah Rancang Bina Pelabuhan Di Pulau Buatan Tanjung Embang
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Pemain Ragbi Sabah Didakwa Bunuh Adik Perempuan, Kes Dibicarakan 7 Julai Ini
Next Article Ugut Tetak Bekas Isteri Dan Rakan Kerana Kerap Keluar, Lelaki Sabah Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?