• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Proses Penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak Kini Pada Peringkat Akhir

Oleh
Husna Hazmi
6 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Proses memuktamadkan penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak kini dalam peringkat akhir.

Proses Penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak Kini Pada Peringkat Akhir. Dilaporkan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, proses penyerahan tanah rizab kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak kini sudah dalam peringkat akhir.

Beliau berkata, perkara ini telah dibincangkan oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang akan memuktamadkan garis panduan terlibat.

Proses Penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak Kini Pada Peringkat Akhir
Proses Penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak Kini Pada Peringkat Akhir

Tuntutan dan Hak-Hak yang terkandung dalam MA63

Proses memuktamadkan penyerahan tanah rizab Persekutuan (yang dikenal pasti belum dibangunkan sekian lama di Sabah dan Sarawak) kini dalam peringkat akhir, sekiranya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ingin mengambil balik dan ingin membolehkan garis panduan tertentu,” kata beliau setelah mendengar taklimat perkembangan penstrukturan Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, pada hari ini.

Menurut beliau, tuntutan dan hak-hak yang terkandung dalam MA63 selama ini telah banyak dibincangkan dalam pelbagai forum terutama menerusi platform politik.

Proses Penyerahan Tanah Rizab Sabah Sarawak Kini Pada Peringkat Akhir
Sumber foto: BERNAMA

Kita bersyukur satu platform khusus secara rasmi, Jawatankuasa Devolution of Authority (JKDA) diwujudkan pada tahun 2016 untuk membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan MA63.

“Kemudian ditambah baik kepada Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2018 dan diangkat sebagai Majlis Khas MA63 pada tahun 2020 dan diperkasakan lagi pada tahun 2022 di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan ini membolehkan telah ada rekod perbincangan rasmi yang boleh dijadikan rujukan untuk tindakan seterusnya,” jelas beliau lagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kes Serangan Buaya Ke-8, ‘Bujang Oya’ Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut
Ditangkap Rokok Di Zon ‘No Smoking’ & Milik Rokok Seludup Boleh Didenda ‘Sekurang-Kurangnya RM250’
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Boss 'Hilang', Sebuah Restoran Terkenal Di Kuching Terpaksa Tutup Operasi Gara-Gara Boss ‘Hilang’, Sebuah Restoran Terkenal Di Kuching Terpaksa Tutup Operasi
Next Article Kereta Rempuh Keluar Parkir Di Vivacity, Bila Disemak Rupanya Ada Parking Tertunggak RM600

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?