• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam

Oleh
Ismail NA
20 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Gunung idaman pendaki kental.

Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam. Para pendaki yang lama duduk di rumah, mesti dah rasa ‘tepu’ sebab lama tak menawan gunung dan bukit kan? Bagi mereka yang sudah lama berhajat untuk mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, anda kini sudah boleh membuat persiapan semula kerana mercu tanda Sabah ini sudah dibuka untuk kunjungan orang awam!

Isi Isi Penting
  • Gunung idaman pendaki kental.
  • Hanya untuk pengunjung lengkap dos vaksin
  • Anda tahu tak tentang kisah cinta tragis di sebalik Pulau Bohey Dulang? Baca selanjutnya di sini :
  • Kalau tempat melancong kat Sabah dah buka, nak pergi mana dulu? Ini senarai destinasi di Sabah yang anda wajib pergi :

Menurut Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, kesemua stesen dan pejabat Taman-Taman Sabah termasuklah aktiviti mendaki ke puncak Gunung Kinabalu sudah dibuka semula kepada orang awam sejak Khamis, 16 September yang lalu.

Selain itu, kawasan sekitar Taman Laut Pulau-Pulau Penyu di Sandakan, Pulau Bohey Dulang di Semporna serta sub-stesen Ulu Kimanis juga akan mula beroperasi pada 20 September 2021 (Isnin).

Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam
Pulau Bohey Dulang, Semporna.
Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam
Taman Pulau Penyu, Sandakan Sabah.
Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam
Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam

Hanya untuk pengunjung lengkap dos vaksin

Walau bagaimanapun, pembukaan taman-taman serta pulau ini tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan termasuklah hanya membenarkan pengunjung yang telah menerima dos lengkap vaksin. Pelancong tempatan dari daerah yang sama, penjawat awam, serta individu berusia 12 hingga 70 tahun juga dibenarkan masuk.

Untuk fasa permulaan ini, setiap destinasi hanya dihadkan kepada kunjungan seramai 100 orang sehari. Kesemua aktiviti yang dibenarkan di taman-taman adalah tertakluk kepada SOP Taman-Taman Sabah, selari dengan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikemaskini pada 11 September lalu.

Rindunya nak melancong ke Sabah. Harap destinasi lain juga akan dibuka tidak lama lagi. Hidup dalam alaf norma baru ini, jangan lupa ikut SOP, okay?

Anda tahu tak tentang kisah cinta tragis di sebalik Pulau Bohey Dulang? Baca selanjutnya di sini :

Kalau tempat melancong kat Sabah dah buka, nak pergi mana dulu? Ini senarai destinasi di Sabah yang anda wajib pergi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dulu Hidden Gem, Lepas Trending Sampah Sarap Mula Penuhi Pantai Trombol Kuching Dulu Hidden Gem, Lepas Trending Sampah Sarap Mula Penuhi Pantai Trombol Kuching
Next Article Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera Punca Rezeki Para Nelayan, Netizen Gesa Aktiviti Rempit Di Pantai Trombol Kuching Dihentikan Segera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?