• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyerahan Lulus Di Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
20 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Dewan Rakyat telah meluluskan penyerahan Pelabuhan Bintulu

Penyerahan Lulus Di Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak. Dipetik dari The Malaysian Insight, pelabuhan Bintulu yang diuruskan oleh kerajaan persekutuan di Sarawak kini kembali di bawah kawalan negeri selepas dua rang undang-undang berkaitan penyerahan diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 Julai 2024.

Rang undang-undang tersebut adalah untuk memansuhkan kawasan di daerah Bintulu yang diisytiharkan sebagai pelabuhan persekutuan – Rang Undang-Undang Pemansuhan Kawasan di Daerah Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan 2024 – dan satu rang undang-undang untuk membubarkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu – Rang Undang-Undang Pembubaran Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu 2024.

Penyerahan Diluluskan Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak
Penyerahan Lulus Di Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak. Sumber foto: Bernama

Selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata selepas kelulusan sebulat suara rang undang-undang tersebut, penyerahan ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan undang-undang Sarawak, Ordinan Pihak Berkuasa Pelabuhan 1961.

Di bawah ordinan berkenaan, kesemua pelabuhan di Sarawak berada di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak.

Namun demikian, tarikh rasmi pengambilalihan akan ditetapkan kemudian.

Tarikh pengambilalihan rasmi akan ditentukan setelah tiga jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyelesaikan butiran pentadbiran – jawatankuasa teknikal, jawatankuasa kerja, dan jawatankuasa khas – menyelesaikan tugas mereka berkaitan sumber manusia, aset dan kewangan.

Jawatankuasa khas bertanggungjawab untuk mengawasi dan memudahkan pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 22 Mac sebelum ini antara Kementerian Pengangkutan persekutuan serta Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak di Kuching bagi memastikan pemindahan aset dan pengurusan berjalan lancar.

Penyerahan Lulus Di Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak
Sumber foto: Bintulu Port Authority

Penyerahan akan dimuktamadkan pada tahun ini

Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah.

Dikatakan bahawa semua ini dijangka akan dimuktamadkan tahun ini. Dalam masa yang sama, Douglas Uggah menyambut baik penyerahan ini sebagai “peristiwa bersejarah yang patut diraikan.”

Dengan pencapaian yang sangat penting ini, semua pelabuhan di negeri kini menjadi milik kita,” kata Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dalam satu kenyataan.

Uggah juga menyatakan bahawa beliau yakin Sarawak akan mengambil alih pelabuhan itu menjelang akhir tahun. Tuntutan Sarawak untuk mengawal Pelabuhan Bintulu telah bermula sejak awal tahun 2000-an lagi.

Kerajaan negeri secara konsisten telah berusaha sedaya upaya bagi mengembalikan pelabuhan yang berada di bawah kawalan persekutuan sejak ia diisytiharkan sebagai pelabuhan persekutuan pada tahun 1978 dan mula beroperasi pada tahun 1981.

Dalam beberapa tahun terakhir juga, khususnya di bawah kepimpinan Abang Johari Openg, Sarawak telah memperhebatkan usaha untuk mendapatkan semula kawalan tersebut.

Penyerahan Lulus Di Dewan Rakyat, Putrajaya Serah Sepenuhnya Pelabuhan Bintulu Kepada Sarawak

Abang Johari telah menekankan pengambilalihan ini pada 2023

Pada Januari 2023, Abang Johari telah menekankan pengambilalihan ini akan membolehkan Sarawak melaksanakan strategi pembangunan yang lebih terkoordinasi untuk semua pelabuhannya, meningkatkan peranan mereka dalam mempromosikan perdagangan dan konektiviti pengangkutan global.

Tuntutan ini turut dikatakan selaras dengan konteks lebih luas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memberikan hak autonomi tertentu kepada Sarawak dan Sabah.

Pada tahun lepas, Pelabuhan Bintulu berjaya mengendalikan jumlah tan cargo sebanyak 50.73 juta tan yang menunjukkan peningkatan 7.6% berbanding tahun sebelumnya, menjadikannya salah satu prestasi terbaik dalam sejarah pelabuhan tersebut.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

Urusan Ambil Alih Affin Bank Oleh Sarawak Terpaksa Ditangguhkan
Sempena Sambutan Hari Sarawak, Beberapa Jalan Di Bintulu Bakal Ditutup 22 Julai Ini

SUMBER :The Malaysian Insight
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Sambutan Hari Sarawak, Beberapa Jalan Di Bintulu Bakal Ditutup 22 Julai Ini
Next Article Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Sudah Pulih Selepas Terjejas Akibat Gangguan Siber Global

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?