• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita BorneoTempat Menarik

Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini

Oleh
Nazihah AN
8 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini

Kafe pandu lalu pertama di Kota Kinabalu dan kedua di Sabah

Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini. Cawangan Starbucks pandu lalu ini telah dibina sejak bulan November pada tahun 2019 di kawasan Kolombong. Ia dibangunkan oleh syarikat Arena Borneo Sdn. Bhd. dan anak syarikat TBMC Developement Sdn. Bhd. dan dijangka siap pada bulan Oktober ini.

Isi Isi Penting
  • Kafe pandu lalu pertama di Kota Kinabalu dan kedua di Sabah
  • Kafe Starbucks ini dibuka di Jalan Lintas, Kota Kinabalu
  • Pelekat kereta istimewa anda boleh dapati di kedai Starbucks
  • Selain Starbucks, di Sabah juga ada banyak tempat makan yang menarik! Anda boleh baca artikel di bawah:

Starbucks pandu lalu ini telah mendapat inspirasi dari pemandangan hutan hujan yang indah di Kota Kinabalu, dengan reka bentuk kontemporari dan minimalis yang membentuk sebuah bangunan kafe di Jalan Lintas.

Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini
Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini. Sumber: The Borneo Post

Kafe Starbucks ini dibuka di Jalan Lintas, Kota Kinabalu

Tanah keluasan 23,000 persegi dan bangunan keluasan 3,800 kaki persegi dijadikan sebagai ruangan makan dan khidmat pandu lalu. Menurut Pengarah Urusan TBMC, kos pembinaan bangunan kafe itu dianggarkan lebih RM2 juta dan ianya menjadi kafe pandu lalu pertama di Kota Kinabalu dan kedua di Sabah.

Starbucks pandu lalu yang telah siap dibina tersebut diberikan kepada Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. Pembukaan kedai Starbucks ini sering tertangguh kerana musim pandemik ini. Kafe baru di Jalan Lintas ini merupakan Starbucks pandu lalu yang kedua di Sabah. Kafe pertama dibuka di Sandakan pada 12 Julai 2019.

Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini
Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini. Sumber: Facebook Starbucks Sandakan Drive-Thru

Pelekat kereta istimewa anda boleh dapati di kedai Starbucks

“Kami bakal melancarkan beberapa promosi agar orang tempatan dapat menikmati promosi tersebut, termasuk pelekat kereta istimewa yang anda boleh dapati dari kedai Starbucks”

Jalan Lintas adalah lebuh raya utama di Kota Kinabalu yang menghubungkan jalan ke banyak kawasan, terutamanya kawasan perumahan Inanam dan Luyang dan juga bahkan ke bandar lain. Ianya juga mempunyai trafik komuter yang tinggi dan membolehkan Starbucks untuk menyesuaikan dengan gaya hidup penduduk KK.

“Setelah mengendalikan kedai drive-thru selama lebih dari sepuluh tahun, kami percaya bahawa ia adalah lokasi yang ideal dan akan menambahkan rasa komuniti yang lebih besar bagi orang-orang di kawasan itu.”

Selain Starbucks, di Sabah juga ada banyak tempat makan yang menarik! Anda boleh baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 375 Pelajar Sekolah Dari Sarawak Kumpulan Remaja Pertama Terima Vaksin Di Malaysia Hari Ini
Next Article ‘Racun’ Buat Pencinta Bunga Dan Tumbuhan, Kedai Ninso Botanic Sudah Dibuka Di Kuching Dan Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?