• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini

Oleh
Ismail NA
22 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Wah!

Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini. Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini. Bunga Rafflesia merupakan bunga yang mekar sekali dalam tempoh 9 bulan. Port menyaksikan bunga Rafflesia di Kuching iaitu Taman Negara Gunung Gading, Lundu kini memaklumkan bahawa bunga terbesar di dunia itu kini telah mekar!

Menerusi Facebook rasmi Taman Negara Gunung Gading, Bunga Rafflesia tuan-mudae dimaklumkan telah mekar di taman negara tersebut bermula semalam iaitu 21 April 2021 sehingga 25 April 2021. Bunga pakma ini berukuran diameter 78 cm dan memiliki 5 kelopak bunga.

Bagi pengunjung yang ingin melihat kecantikan bunga pakma ini, anda perlu berjalan kaki sejauh 300 meter dari pejabat utama Taman Negara Gunung Gading Lundu dan wajib ditemani oleh pemandu taman. Anda juga disarankan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang menikmati pemandangan di taman negara ini.

Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini
Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini

Asal-usul nama bunga Rafflesia tuan-mudae

Di Sarawak, kebanyakan spesis yang dijumpai adalah daripada spesis Rafflesia tuan-mudae. Tapi kenapa bunyinya seperti bahasa Melayu, tuan muda? Untuk pengetahuan anda, tuan muda merupakan gelaran untuk Rajah Sarawak Kedua iaitu Charles Brooke. Jadi, nama Rafflesia tuan-mudae ini adalah bersempena dengan gelaran tersebut.

Rafflesia tuan-mudae ini juga merupakan spesis endemik di Barat Sarawak (Lundu) sehinggalah ke bahagian Tengah Sarawak iaitu di kawasan Belaga. Endemik bermaksud spesis unik yang hanya terdapat di sesebuah kawasan. Taman Negara Gunung Gading di Lundu, Kuching merupakan destinasi tumpuan untuk melihat spesis ini berbunga. Bunga Rafflesia tuan-mudae ini mempunyai lima atau enam kelopak, berwarna oren cerah dengan corak bintik-bintik yang timbul pada kelopaknya.

Rafflesia Mekar Di Taman Negara Gunung Gading Bermula 21 Hingga 25 April Ini
Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang bunga pakma atau Taman Negara Gunung Gading, anda boleh menghubungi pejabat Taman Negara Gunung Gading Lundu di talian 082-735 144.

Baca juga fakta-fakta tentang bunga Rafflesia ini menerusi artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelik Tapi Benar, Hanya 2 Daripada 10 Ventilator Yang Dihantar KKM Ke Sarawak Berfungsi
Next Article Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari Di Sarawak Untuk Mereka Yang Sudah Terima Vaksin COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari Di Sarawak Untuk Mereka Yang Sudah Terima Vaksin COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?