• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Buang Bayi Di Samariang, Teman Lelaki 18 Tahun Kini Ditahan

Oleh
Aina Musa
2 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Buang Bayi Di Samariang, Teman Lelaki 18 Tahun Kini Ditahan

Suspek ditahan awal pagi tadi

Kes Buang Bayi Di Samariang, Teman Lelaki 18 Tahun Kini Ditahan. Polis menahan seorang remaja lelaki semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes membuang bayi di kawasan semak Bandar Baru Semariang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek, 18, yang merupakan pasangan kepada remaja perempuan yang dipercayai ibu kepada bayi ditahan sekitar jam 11.05 pagi di kawasan Kuching.

Kes Buang Bayi Di Samariang, Teman Lelaki 18 Tahun Kini Ditahan. Kredit: Facebook

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dipercayai ibu kepada bayi dibuang di semak kawasan perumahan di Samariang pada Rabu, di kawasan Matang, sekitar jam 8 malam.

Ahsmon dalam kenyataan sebelum ini berkata, suspek ditahan sejurus selepas penemuan bayi yang masih bertali pusat itu kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Rabu lalu, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan bayi perempuan daripada orang awam dan segera menggerakkan anggota ke lokasi.

Setibanya di lokasi, didapati bayi tersebut masih hidup dan dalam keadaan sihat.

Bayi itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Baca lagi artikel menarik:

Remaja 14 Tahun Ditangkap, Suspek Kes Buang Bayi Di Bandar Baru Semariang
TERKINI: Bayi Baru Lahir Masih Bertali Pusat Ditemui Di Bandar Baru Samariang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rainbow Slide Terpanjang Di Sarawak Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Di Coco Cabana Miri Rainbow Slide Terpanjang Di Sarawak Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Di Coco Cabana Miri
Next Article Bendera Sarawak Dibuat Dari Manik Masuk Malaysia Book of Records

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?