• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Raja Pecut Asia Kongsi Detik Hampir Disingkir Di Kejohanan Dunia Kerana Sokong Palestin

Oleh
Farisha
17 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Disebabkan tunjuk mesej Save Gaza, Azizulhasni Awang hampir ditendang keluar dari kejohanan dunia 

Raja Pecut Asia Kongsi Detik Hampir Disingkir Di Kejohanan Dunia Kerana Sokong Palestin. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial apabila prospek pingat emas, jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi mengenai detik dirinya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi X, beliau menceritakan pengalamannya hampir disingkir gara-gara memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang dipakainya selepas memenangi perlumbaan di Eropah.

Raja Pecut Asia Kongsi Detik Hampir Disingkir Di Kejohanan Dunia Kerana Sokong Palestin
Sumber: aplikasi X

Kejadian berlaku pada tahun 2014, setelah memenangi perlumbaan tersebut

“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan,” tulisnya di laman X miliknya itu.

“Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan utk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.

“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Lagi memburukkan keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadhan. Bulan suci umat Islam.

Dibatalkan kerana menyampaikan mesej politik di pentas sukan

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa mereka membatalkan penyertaannya dengan alasan beliau menyampaikan mesej berunsurkan politik di pentas sukan. Namun, tujuannya hanya untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula,” tambahnya.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support.

https://x.com/AzizulAWANG/status/1714108492888588565?s=20

Menasihat orang ramai untuk membantu dan memberi sokongan kepada Palestin

Sementara itu, Azizul turut menyarankan agar orang ramai terus memberi sokongan dan bantuan mengikut kemampuan diri kepada saudara-saudara di Palestin.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” ujarnya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London
Pekerja Sarawak Oil & Gas Sempat Rakam Situasi Peperangan Palestin-Israel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sesat Di Tabuan Jaya, Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Di Parit Kawasan Perumahan Sesat Di Tabuan Jaya, Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Di Parit Kawasan Perumahan
Next Article Influencer Gaya Hidup Elak Muat Naik Isu Palestin, Takut Jejas Periuk Nasi Influencer Gaya Hidup Elak Muat Naik Isu Palestin, Takut Jejas Periuk Nasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?