• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak

Oleh
ILB - AI
13 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Rakyat Sarawak sayu lihat Agong keletihan

Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak. Rakyat Sarawak setia menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di pekarangan Hotel Pullman, Kuching, semalam.

Menerusi sumber, rombongan Seri Paduka Baginda tiba di penginapan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, semalam. Bahkan, dimeriahkan dengan sorakan rakyat Sarawak, yang turut mengalu-alukan ketibaan Baginda berdua.

Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak
Sumber: instagram

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen di laman Instagram istana negara, rata-rata netizen terharu, malah sayu dalam hati masing-masing apabila terkenang dengan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhi rombongan Seri Paduka Baginda sepanjang Kembara Kenali Borneo.

Netizen terharu dengan perjalanan jauh rombongan Diraja

“Sarawak ada empat buah bandar raya utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Seharusya, (Seri Paduka Baginda) bermalam di setiap bandar raya utama,” kata salah seorang netizen.

“Sarawak ini luas, lebih besar dari Semenanjung. Sayu hati saya tengok Seri Paduka Baginda menahan penat lelah ketika menyusuri kami di Batu 13, Jalan Kuching-Serian tadi, sehinggakan Raja Permaisuri Agong demam,” ujar lagi seorang netizen.

Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak
Sumber: instagram

“Biasanya, saya hanya akan memandu sekitar dua jam. Kalau saya rasa penat, apatah lagi Tuanku yang memandu sendiri dan telah menjelajah Borneo selama 11 hari, mungkin dapat rehat beberapa jam sahaja.

Ada yang prihatin, menasihatkan untuk Tuanku rehat secukupnya

Dalam pada itu, ramai yang memberi nasihat kepada Agong, Raja Permaisuri serta anakanda baginda untuk rehat secukupnya semasa sampai di Hotel Pullman, Kuching.

Untuk makluman, rombongan Diraja semalam, telah melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer (km) sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Birthday Paling Meriah, Satu Mall ‘Sporting’ Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad
Demi Anak, Ibu Sanggup Angkut Sape 7kg Semata-Mata Mahu Dapatkan Tandatangan Agong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu
Next Article Kini Di Bumi Kenyalang, Orang Sarawak Teruja Dengan Kedatangan Boss James

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?