Calon olahragawan Sukma 2024, Randy Owen
Sapu Bersih 4 Pingat Untuk Sarawak Buat Sukma 2024, Randy Owen Calon Olahragawan. Dilaporkan, atlet taekwando sensasi Sarawak, Randy Owen baru-baru ini telah berjaya mengharumkan nama negeri apabila dia berjaya menyapu bersih empat kilauan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang diadakan di Bumi Kenyalang pada tahun ini.
Dengan pencapaian cemerlang Randy Owen itu, dirinya berpeluang untuk dicalonkan sebagai olahragawan Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Sebelum ini, Randy Owen telah berjaya membolot tiga pingat emas dan satu pingat perak buat pasukan tuan rumah sekaligus mendominasi acara taekwondo!

Layak disenarai olahragawan
Selain Randy Owen, gandingannya Fedealis Kom Twin dan Mohd Isshahril Mazlan melengkapkan hari gemilang skuad Agi Idup Agi Ngelaban untuk mengutip emas terbaru acara tersebut tatkala berpasukan poomsae lelaki, berpasukan poomsae bebas dan individu turut diraih oleh Randy sekali gus membuatkan dirinya layak disenaraikan sebagai calon olahragawan kali ini.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Randy yang telah menumbang 4 kilauan pingat buat Sarawak pada Sukma 2024 tahun ini. Semoga maju jaya diucapkan!

