Lelaki aneh bersembunyi di sebalik semak samun belakang rumah orang
Video Lelaki Sembunyi Di Sebalik Semak Samun Intai Wanita Jemur Kain Di Keningau Bikin Netizen Seram. Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video di mana terdapat lelaki aneh sedang mengintai wanita yang tengah menjemur kain di belakang rumahnya.
Video berkenaan kemudiannya mendapat perhatian daripada netizen yang masing-masing berasa seram dengan kejadian yang berlaku di Keningau, Sabah tersebut.

Lelaki berkelakuan mencurigakan
Menerusi video yang telah tular itu, wanita tersebut telah merakam kelakuan mencurigakan lelaki berkenaan yang bersembunyi di sebalik semak samun di belakang rumahnya.
Kehadiran lelaki aneh itu mula disedari apabila dia melihat daun-daun disebalik semak samun berkenaan mulai bergerak dalam keadaan yang mencurigakan.
Dalam video itu juga, dia menjelaskan bahawa ketika sedang menjemur pakaian dibelakang rumah, dirinya perasan akan pergerakkan daun tersebut dan kemudiannya terus bergegas masuk ke rumah untuk merakam situasi menyeramkan berkenaan.

Memerhati belakang rumah
Tekaannya betul apabila dia dapat merakam seorang sosok lelaki yang sedang memerhatikan belakang rumahnya.
Bimbang akan keselamatan dirinya, wanita tersebut terus menelefon pihak polis agar ke rumahnya untuk memerhati pergerakkan lelaki tersebut. Bagaimanapun, pihak polis gagal untuk menangkap lelaki tersebut kerana belakang rumahnya dipisahkan dengan pagar.


Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa seram dengan kejadian tersebut dan risau akan bahaya yang akan terjadi jika perkara ini berlarutan.

