• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022

Oleh
ILB - AI
21 Jun 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022

Syabas diucapkan kepada pasukan Sarawak yang mewakili Malaysia pada hujung minggu lalu!

Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022. Pada 16 – 20 Jun 2022, Malaysia menghantar wakilnya yang terdiri daripada warga Sarawak ke Asia Armwrestling Championship 2022.

Isi Isi Penting
  • Syabas diucapkan kepada pasukan Sarawak yang mewakili Malaysia pada hujung minggu lalu!
  • 11 atlet Sarawak telah dihantar untuk mewakili Malaysia
  • 19 pingat berjaya dimenangi oleh wakil Malaysia
  • Kejohanan yang akan datang untuk diperhatikan!

Acara antarabangsa ini yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya itu turut disertai oleh lebih 20 negara dari rantau Asia, dengan lebih dari 300 peserta disahkan menyertai pertandingan tersebut.

Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022

11 atlet Sarawak telah dihantar untuk mewakili Malaysia

Untuk kejohanan ini, sejumlah 11 atlet Sarawak telah dihantar untuk mewakili Malaysia, yang merangkumi 8 lelaki dan 3 wanita.

Menurut jurulatih, Dominic Johnny, beliau berkata kebanyakan daripada mereka merupakan Senior Pullers tetapi ini merupakan kali pertama mereka bertanding dalam pertandingan peringkat Asia antarabangsa kerana sukan gusti lengan merupakan sebuah sukan baharu di Sarawak.

Bagi salah seorang daripada mereka, Encik Jong Chi Joon, yang merupakan kedudukan keseluruhan nombor 1 penggusti lengan di Sarawak, ini adalah kali pertama beliau bersaing di peringkat Asia dan beliau berjaya membawa pulang pingat perak Malaysia untuk kategori Senior Men Tangan Kanan 78KG.

Atlet yang bertanding dalam Asia Armwrestling Championship 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Kredit foto: FB Paradigm Mall Petaling Jaya

Terdapat juga pendatang baru dalam pasukan mereka yang berjaya mendapatkan pencapaian yang baik. Acho Prince Kee telah berjaya meraihkan pingat emas dan perak dalam kategori Junior U18 manakala Bonnyface telah berjaya meraihkan pingat perak untuk kategori Youth U21.

Tambah Dominic Johnny lagi, pengalaman ini telah membolehkan mereka untuk belajar daripada kesilapan mereka dan memberi mereka idea di mana kawasan yang perlu diperbaiki untuk pertandingan seterusnya.

Katanya, mereka telah berlatih sebanyak 3-5 kali seminggu secara konsisten dan telah berlatih selama tiga bulan untuk menyediakan diri sebelum kejohanan ini.

19 pingat berjaya dimenangi oleh wakil Malaysia

Di sebalik saingan yang sengit, pasukan Malaysia telah berjaya meraih 19 pingat kesemuanya iaitu 6 pingat emas, 11 pingat perak dan 2 pingat gangsa!

Kategori yang dimenangi ialah Senior Men Tangan Kiri dan Kanan (untuk +105KG, 78KG dan 70KG), Master Men Tangan Kiri dan Kanan (untuk 86KG dan 70KG), Youth Bawah 21 (U21) Lelaki Tangan Kiri dan Kanan (untuk 70KG), Remaja Bawah 18 (U18) Lelaki Tangan Kiri dan Kanan (untuk 86KG) serta Senior Women Tangan Kiri dan Kanan (untuk +78KG dan 78KG).

Kredit foto: FB Bintangor Arm Wrestling Club

Keputusan Asia Armwrestling Championship 2022 adalah seperti berikut:

  1. Mohd Nor Shyefful Hafiz – 2x Pingat Perak (untuk kategori SENIOR MEN TANGAN KANAN +105KG dan SENIOR MEN TANGAN KIRI +105KG)
  2. Jong Chi Joon – 1x Pingat Perak (untuk kategori SENIOR MEN TANGAN KANAN 78KG)
  3. Dominic Johnny – 1x Pingat Gangsa (untuk kategori SENIOR MEN TANGAN KANAN 70KG)
  4. Mohd Shafiq Abdullah – Tempat Ke-4 (untuk kategori SENIOR MEN TANGAN KIRI 70KG)
  5. Rengga Anak Ansok – 2x Pingat Perak (untuk kategori MASTER MEN TANGAN KIRI 86KG dan MASTER MEN TANGAN KANAN 86KG)
  6. Kenny Choo Tzan Liong – 1x Pingat Emas dan 1x Pingat Perak (masing-masing untuk kategori MASTER MEN TANGAN KANAN 70KG dan MASTER MEN TANGAN KIRI 70KG)
  7. Bonnyface Ronny ak Steven Ajak – 1x Pingat Perak dan 1x Pingat Gangsa (masing-masing untuk kategori YOUTH U21 LELAKI TANGAN KIRI 70KG dan YOUTH U21 LELAKI TANGAN KANAN 70KG)
  8. Acho Prince Kee Zing Yang – 1x Pingat Emas dan 1x Pingat Perak (masing-masing untuk kategori JUNIOR U18 REMAJA TANGAN KANAN 86KG dan JUNIOR U18 REMAJA TANGAN KIRI 86KG)
  9. Abigail Kee Zing Ning – 2x Pingat Emas (untuk kategori SENIOR WOMEN TANGAN KANAN +78KG dan SENIOR WOMEN TANGAN KIRI +78KG)
  10. Tracey Edwina Hughes – 2x Pingat Perak (untuk kategori SENIOR WOMEN TANGAN KANAN +78KG dan SENIOR WOMEN TANGAN KIRI +78KG)
  11. Bernice Gan Siew Hua – 2x Pingat Emas (untuk kategori SENIOR WOMEN TANGAN KANAN 78KG dan SENIOR WOMEN TANGAN KIRI 78KG).
Peserta wanita dari Malaysia dan India bersama dengan pingat mereka. Kredit foto: FB Tracey Udos Hughes

Kejohanan yang akan datang untuk diperhatikan!

Kejohanan Asia Armwrestling 2022 ini hanyalah permulaan buat atlet-atlet ini, malah mereka kini sedang membuat persiapan untuk satu lagi pertandingan gusti lengan akan datang yang bakal diadakan di Perancis pada September tahun ini.

Kata Dominic Johnny, atlet pilihan mereka oleh Malaysia Armwrestling Federation (MYARM) akan membuat persediaan untuk World Armwrestling Championship yang akan diadakan di Perancis dan mereka berharap bahawa atlet mereka akan berada dalam keadaan baik untuk mencabar atlet bertaraf antarabangsa.

Kami ingi mengucapkan syabas kepada wira dan wirawati kita yang berjaya meraihkan kejayaan di Asia Armwrestling Championship kali ini. Semoga mereka terus berjaya dan mengekalkan kejayaan mereka untuk pertandingan gusti lengan antarabangsa yang seterusnya!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Next Article Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?