• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

Oleh
Nazihah AN
21 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

“Tetap berjuang untuk teruskan hidup” – pemuda tersebut

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu. Sedih bila lihat pekerja ditindas sehingga kepentingan pengangkut barang sering dipandang remeh, dan mereka sering dibayar rendah.

Isi Isi Penting
  • “Tetap berjuang untuk teruskan hidup” – pemuda tersebut
  • Pemuda ini telah berkongsi realiti kehidupannya sebagai malim gunung
  • Apa yang menyedihkan, pekerjaan yang bahaya ini hanya mendapat bayaran yang minimum sahaja.
  • Tugas mereka bukan sahaja memerlukan tenaga yang banyak, bahkan mereka juga perlu menjaga kesihatan tubuh.

Lagi-lagi kalau kerja angkut barang sehingga kena turun naik gunung, memang memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Begitulah yang dialami oleh pemuda dari Sabah ini sanggup memikul barang berat ulang alik naik Gunung Kinabalu.

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

Pemuda ini telah berkongsi realiti kehidupannya sebagai malim gunung

Baru-baru ini, seorang pemuda yang difahamkan bekerja sebagai pengangkut barang di Gunung Kinabalu, Sabah telah berkongsi realiti kehidupannya sebagai malim gunung (mountain guide) dan pengangkut barang (porter).

Untuk pengetahuan anda, malim gunung ialah orang yang bekerja membantu pendaki gunung. Mereka selalu mendaki gunung , mahir tentang selok belok kemuncak gunung, lurah, cenuram, gua dan sumber air yang amat diperlukan.

@jvymius97_aolm #jawapan kepada @user9076455044982 #fyp ♬ bunyi asal – Jvy weterproof_AOLM
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Tangkapan layar Tiktok @jyvmius97_aolm

Dalam perkongsian di laman Tiktok milik @jyvmius97_aolm, pemuda tersebut menceritakan tentang perkhidmatan membawa barang-barang pendaki dari titik permulaan ke kem pangkalan Panalaban (Laban Rata).

Bukan mudah untuk seseorang mengangkat berat sambil mendaki gunung dan semasa turun tempat yang curam. Ia sememangnya pekerjaan yang bahaya. Nak mendaki gunung dengan bawa beg belakang sahaja dah susah, apatah lagi kena bawa barang yang lebih berat.

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

Apa yang menyedihkan, pekerjaan yang bahaya ini hanya mendapat bayaran yang minimum sahaja.

Menurut pemuda tersebut, perjalanan sejauh 6 kilometer itu hanya berharga RM5 bagi setiap muatan 1 kilogram. Bagi tempoh pendakian pula mengambil masa 4-5 jam untuk mendaki dan turun gunung mengambil masa 2 jam. Meninjau perkongsian video pemuda tersebut, dia bahkan pernah membawa angkatan seberat 50kg.

@jvymius97_aolm tenang is good#porter #gunung #fyp #tanang ♬ bunyi asal – Jvy weterproof_AOLM

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan kadar upah yang dikenakan tidak berbaloi dan terlalu murah. Netizen juga berharap malim gunung dan buruh angkut barang yang berkhidmat di Gunung Kinabalu itu menaikkan kadar gaji kerana bukan senang mengangkat barang berat ketika mendaki gunung.

Jadi, di sini min nasihatkan buat sesiapa yang menggunakan khidmat malim gunung, diharapkan agar anda memberikan upah yang setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Janganlah tawar-menawar harga, kerana ianya merupakan pendapatan orang lokal di sana.

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu

Tugas mereka bukan sahaja memerlukan tenaga yang banyak, bahkan mereka juga perlu menjaga kesihatan tubuh.

Walaupun dapat difahami bahawa sesetengah pejalan kaki ingin memerah belanjawan mereka pada tahap serendah mungkin, malim gunung dan pengangkut barang ini layak mendapat upah yang adil dan dilayan seperti wira mereka.

Pertama kali negara kita digemparkan dengan satu insiden berdarah. Koperal Matthew, askar dari Sarawak yang terkorban dalam sejarah hitam Al-Maunah tahun 2000. Baca lebih lanjut di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022 Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022
Next Article Tergamak Beri Dadah Meth Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Kini Kritikal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?