I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K

Oleh Ismail NA
9 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Orang kita mungkin boleh terima, kalau kena kat orang luar beginilah jadinya..

Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K. Pembatalan penerbangan adalah perkara terakhir yang terjangkau dalam fikiran pelanggan. Mana tidaknya, urusan pembatalan ini bakal mengganggu rancangan kita pada hari ke depannya. Lebih parah, wang yang telah dibelanjakan untuk tiket juga bukannya dalam jumlah yang sedikit.

Kerana rasa dianiaya, seorang lelaki Melbourne enggan menerima kredit untuk penerbangan antarabangsa yang dibatalkan pada kemuncak wabak dan kini telah mengambil langkah drastik untuk mengejar bayaran balik secara penuh.

Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K
Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K. Mehul Patel (kiri) bersama ahli keluarganya. Gambar ihsan Patel via abc.net.au

Tiket penerbangan berjumlah lebih RM 6,000 hangus

Mehul Patel, seorang lelaki yang berasal dari Tarneit di utara Melbourne, mengejar hampir $2,000 (RM 6,106) daripada Malaysia Airlines (MAS) dan platform perantara, Expedia Group selepas enggan menerima tawaran kredit perjalanan sebagai pampasan pembatalan penerbangannya.

Beliau berkata kredit itu ditawarkan untuk penerbangan sebelum memasuki hujung tahun 2021, sebelum Malaysia Airlines kembali memulakan semula penerbangan ke Australia.

Mehul telah mengemukakan kertas kerja kepada Tribunal Sivil dan Pentadbiran Victoria (VCAT). Beliau juga telah memberi amaran bahawa beliau akan meneruskan isu ini bagi memastikan warga Australia lain yang terjejas akibat pembatalan COVID menerima keputusan yang adil.

Ia bukan jumlah yang kecil untuk keluarga kelas pertengahan. Bagi saya, jumlah tersebut adalah penjimatan keluarga kami untuk beberapa bulan. Jadi, saya pasti akan melawannya sehingga saya mendapat keputusan

Mehul Patel

Penerbangan untuk bawa ibu bapanya kembali ke India selepas terkandas akibat lockdown di Australia

Mehul yang bekerja sebagai pentadbir kewangan telah membawa ibu bapanya melawat dari India pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, mereka tiba sejurus sebelum penduduk Melbourne diarah untuk berkurung. Mereka tersekat dalam perintah berkurung pertama yang dilaksanakan di Australia.

Apabila penumpang yang telah divaksin dibenarkan keluar dari Australia, Mehul telah menempah dan membayar dua tiket sehala dengan Malaysia Airlines. Malangnya, penerbangan itu dibatalkan.

Syarikat penerbangan itu, melalui Expedia, menawarkan talian kredit penerbangan untuk kegunaan sebelum akhir 2021, tetapi Mehul mendakwa tiada penerbangan tersedia yang tersedia dalam tempoh sah kredit itu.

Saya cuma mahu bentuk bayaran balik yang adil. Tidak kisahlah sama ada secara bayaran balik penuh atau baucar yang boleh ditebus oleh ahli keluarga lain, kerana ibu bapa saya tidak merancang untuk kembali ke Australia dalam masa terdekat.

Lelaki berusia 38 tahun itu akhirnya menempah tiket berasingan dengan syarikat penerbangan lain untuk membawa ibu bapanya pulang pada Januari 2022.

Situasi itu telah menggariskan isu pengguna yang lebih luas untuk beribu-ribu pengembara yang masih menunggu bayaran balik daripada pengendali perjalanan.

Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K
Pesawat Malaysia Airlines A380. Gambar hiasan.

Harap agar perjuangannya jadi panduan berguna buat pengembara lain menuntut hak yang sama

Mehul berkata beliau berharap perjuangan dalam kesnya ini mungkin boleh membantu orang lain yang mengalami nasib yag sama. Tambahnya, beliau berada di negara dunia pertama namun sistem untuk pelanggan masih tidak efisien dan memperdayakan pengguna.

Mehul kini sedang menunggu untuk tarikh untuk perkara itu didengar oleh VCAT.

Dalam satu kenyataan Expedia pula, mereka berkata bahawa ia secara amnya mengikut dasar rakan kongsi syarikat penerbangannya. Sebarang kredit atau bayaran balik ditentukan oleh syarikat penerbangan dan bergantung kepada tambang tiket pengembara, ulas jurucakap Expedia.

Memang banyak sangat dah kejadian macam ni rupanya. Ingatkan dalam negara kita jer, rupanya kat luar pun sama juga. Tapi balik-balik syarikat Malaysia juga yang buat hal ni. Hurmm.

Sementara itu, Malaysia Airlines terus memperkenalkan laluan baru untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di Malaysia:

SUMBER :ABC News
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong
Next Article Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?