• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong

Oleh
Nazihah AN
9 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong

Mangsa dipercayai maut akibat kecederaan di kepala

Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong. Telah dilaporkan bahawa seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Menerusi laporan media, mangsa telah ditemui oleh orang yang lalu lalang di tepi jalan di Jalan Stutong kira-kira jam 5 pagi semalam. Mangsa sempat dirawat ke Hospital Umum Sarawak (HUS) namun, meninggal dunia sekitar jam 10 pagi semalam.

Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong
Sumber gambar: The Borneo Post

Mangsa bekerja di Samajaya, Tabuan

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

Mangsa dikenali sebagai Markson Verceles Tabol, 25 tahun, bekerja di sebuah syarikat di Samajaya, Tabuan. Menurut isterinya, mangsa telah keluar dari rumah mereka di Matang Batu 8 kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian berlaku.

Mangsa telah keluar bersama rakan-rakannya tanpa pengetahuan isterinya ke mana dia pergi. Mangsa berasal dari Balingian telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan berusia dua tahun.

Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong
Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong. Gambar hanya sekadar hiasan

Menurut laporan media juga, di tangan mangsa terdapat cop yang menunjukkan dia berada di sebuah pub malam sebelumnya.

Masih belum diketahui sama ada mangsa diserang di dalam pub atau di luar dan badannya dicampak di tepi jalan. Menurut saksi, mangsa mengalami patah tulang di bahagian bawah lutut kanan selain cedera di kepala dan dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut setakat ini. Dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini. Mayat telah dipindahkan ke Jabatan Forensik HUS dan akan menjalani bedah siasat.

Lagi cerita semasa anda boleh baca di bawah:

Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Kisah Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak 5 Kisah Lagenda Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak
Next Article Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?