• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu

Oleh
Nazihah AN
9 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu

Disuruh tukar pembungkusan kerana tidak ikut piawai MAS

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu. Baru-baru ini, seorang wanita memuatnaik ciapan di laman Twitter meluahkan kemarahannya terhadap perkhidmatan penerbangan udara di Sabah kerana menipu penumpang.

Dakwa wanita tersebut, dirinya telah ditipu oleh pihak berpakaian seragam MASWings bahawa mereka perlu menukar pembungkusan untuk makanan basah kerana ia tidak mematuhi piawaian mereka.

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu
Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu. Sumber: Twitter

Wanita ini merasa tertipu dan mendapat layanan yang tidak adil

Menerusi ciapan tersebut, wanita ini turut sertakan 4 gambar dan meluahkan dirinya didakwa dirinya dan juga beberapa penumpang lain telah ditipu oleh kakitangan yang lengkap beruniform MASWings di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada mulanya, wanita ini telah menjelaskan bahawa dia membeli makanan laut dari kedai yang terletak bersebelahan dengan pemeriksaan keselamatan. Penjual tersebut menggunakan kotak polisterin dengan harga RM25/kotak termasuk ais untuk membungkus barangan tersebut.

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu
Sumber: Twitter

Individu berpakaian seragam MASWings menyuruh mereka untuk menukar kotak tersebut

Namun, setelah tiba di lapangan terbang, seorang individu dilihat memakai pakaian seragam MASWing menyuruh mereka untuk menukar kotak itu kerana tidak patuh pada piawaian MAS.

Wanita tersebut turut diberitahu bahawa mereka tidak boleh memasuki pelepasan keselamatan jika membawa barang yang dibungkus tidak mengikut piawai.

Wanita tersebut turutkan apa yang diberitahu oleh kakitangan tersebut dan menukar pembungkusan barangan basah yang dibawa.

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu
Sumber: Twitter

Jelas wanita tersebut, apabila mereka tiba di pintu berlepas, mereka mendapati bahawa penumpang lain tidak menukar bungkusan. Wanita ini merasa dirinya telah ditipu oleh kakitangan dengan menyuruh mereka untuk menukar pembungkusan dan layanan yang tidak adil.

Kemudian bapa kepada wanita tersebut berjumpa semula dengan kakitangan tersebut, tetapi dia malah melarikan diri dari bapanya. Kata wanita itu juga, pegawai keselamatan tidak membantu mereka.

Disuruh Tukar Pembungkusan, Wanita Ini Dakwa Ditipu Staf MASWings Di Kota Kinabalu
Sumber: Twitter

Untuk makluman anda, MAS mempunyai polisi di mana barang tidak tahan lama akan diterima tertakluk kepada pelaksanaan pelepasan. Untuk ketahui senarai barangan tersebut boleh klik di sini.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di bawah:

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K
Next Article Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?