• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM

Oleh
Ismail NA
8 September 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Syarikat tersebut terlibat dalam pembinaan jalan Projek Jiwa Murni.

Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM. Hairan mengapa jalan raya di kawasan kampung menuju ke bandar mudah rosak? Mungkin ada di antaranya yang tidak ‘ikhlas’ membina jalan tersebut.

Isi Isi Penting
  • Syarikat tersebut terlibat dalam pembinaan jalan Projek Jiwa Murni.
  • Menipu dalam pembinaan jalan di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga
  • Jalan raya rosak selepas sebulan, rupanya tak tepati piawaian JKR
  • Kerajaan tanggung rugi ratusan juta
  • Nama syarikat lain tapi pengarah sama
  • Baca juga :

Hari ini, 2 orang pengarah syarikat kontraktor telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah dan tuntutan palsu daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Rasuah serta tuntutan palsu sebanyak puluhan juta ringgit itu dilakukan semasa pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan di Sarawak yang bernilai RM 800 juta. Malah, laporan audit Kementerian Pertahanan Malaysia turut mendapati bahawa syarikat pengarah tersebut gagal dalam projek tersebut.

Menipu dalam pembinaan jalan di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga

Projek pembinaan jalan yang dinamakan sebagai ‘Projek Jiwa Murni’ di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia itu telah dianugerahkan kepada syarikat pembinaan tersebut dan sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2010 sehingga 2016 yang lalu.

Projek tersebut melibatkan pembinaan jalan di kawasan Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga.

Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM
Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM

Jalan raya rosak selepas sebulan, rupanya tak tepati piawaian JKR

Walau bagaimanapun, jalan-jalan yang dibina tidak memenuhi standard pembinaan jalan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.

Setelah siasatan dijalankan, jalan-jalan yang dibina tersebut hanya diletakkan lapisan tar setebal 2 inci tanpa lapisan batu kerikil dan pasir. Oleh sebab itu, jalan tersebut mudah rosak dan tidak sampai sebulan digunakan apabila dilalui oleh kenderaan berat seperti lori balak.

Ia sekaligus menyukarkan kenderaan ringan seperti motorsikal dan kereta untuk berhubung ke kawasan bandar dari pedalaman.

Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM

Kerajaan tanggung rugi ratusan juta

Akibat aktiviti rasuah tersebut, kerajaan juga dikatakan telah menanggung kerugian sebanyak ratusan juta ringgit bagi membaik pulih kembali jalan tersebut yang menelan kos sebanyak 1 kali ganda.

Lebih mengejutkan, salah sebuah syarikat di bawah naungan pengarah yang ditangkap itu mendapat lantikan baru daripada Jabatan Kerja Raya.

Nama syarikat lain tapi pengarah sama

Menurut sumber daripada laporan Harian Metro, syarikat yang mendapat tender baharu tersebut menggunakan nama syarikat yang lain tetapi mempunyai pengarah yang sama.

Syarikat kontraktor yang gagal menyelesaikan projek mengikut piawaian dan waktu yang ditetapkan harus disenarai hitam daripada memohon atau menerima tender baharu pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu dikenakan tindakan tegas dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Kedua-dua pengarah tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching pada esok hari untuk permohonan reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Patutlah tak siap-siap jalan nak masuk pedalaman ya? Oops.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM
Next Article Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?