• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM

Oleh
Husna Hazmi
8 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM

Disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu

Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM. Pada hari Isnin semalam, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua pemilik syarikat di Sabah kerana mereka disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu.

Tipu Projek 6 Juta, Dua Pemilik Syarikat Di Sabah Ditahan SPRM

Kontrak RM6 juta didapatkan pada tahun 2017 dan 2018

SPRM dalam kenyataan pada Selasa berkata tindakan dua pemilik syarikat ini dipercayai bagi mendapatkan kontrak RM6 juta di antara tahun 2017 dan 2018.

Kedua-dua pemilik syarikat yang berusia 35 dan 36 tahun tersebut masing-masing telah ditahan pada pukul 10.10 pagi dan 11.10 pagi di Pejabat SPRM Sabah,” menurut SPRM.

Menurut sumber SPRM juga, dua individu berkenaan didapati telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Dokumen itu untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan makanan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)/Briged Pasukan Gerakan Am bagi kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Kedua-dua individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September ini,” katanya.

Sementara itu pula, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika
Next Article Rasuah Projek Bina Jalan RM 800 Juta Di Sarawak, 2 Pengarah Syarikat Ditahan SPRM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?