• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja 16 Tahun Maut Dibunuh Rakan Dengan Tukul Di Semporna

Oleh
Farisha
16 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki Filipina bunuh rakan 16 tahun dengan tukul dan parang

Remaja 16 Tahun Maut Dibunuh Rakan Dengan Tukul Di Semporna. Seorang buruh Filipina bernama Albaris berusia 24 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia pada 15 Februari 2024 kerana telah menyebabkan kematian rakannya, Hassan yang berusia 16 tahun.

Difahamkan kejadian berlaku pada 26 Februari 2021 di Semporna, Sabah di mana Albaris didapati bersalah atas tuduhan membunuh Hassan (rakannya) dengan menggunakan tukul di sebuah rumah di Kampung Kuala Benang.

Remaja 16 Tahun Maut Dibunuh Rakan Dengan Tukul Di Semporna
Remaja 16 Tahun Maut Dibunuh Rakan Dengan Tukul Di Semporna. Gambar hiasan. Sumber: mediavariasi

Albaris didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun dan 12 sebatan

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng yang menghakimi kes ini menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan rotan setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan Albaris melampaui keraguan yang munasabah.

Selain itu, Hakim Lim menyatakan bahawa Hassan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, hasil serangan Albaris. Albaris melakukan serangan itu dengan niat untuk mencederakannya sehingga menyebabkan kematian.

Dipukul dengan tukul dan parang

Bagaimanapun, Albaris melarikan diri dengan membawa sebilah tukul dan parang selepas serangan itu sebelum ditangkap oleh penduduk kampung.

Walaupun Albaris masih muda dan ada prospek pemulihan, Hakim Lim berpendapat bahawa kesalahan yang dilakukannya sangat besar memandangkan umur mangsa yang masih 16 tahun.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes bunuh:

Pemandu E-Hailing Dipancing Keluar Hotel Sebelum Dibunuh Di Ladang Kelapa Sawit Tawau
Zayn Rayyan Dibunuh Ditempat Lain Sebelum Diletak Di Tepi Sungai
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak
Next Article Legenda Sarawak Dang Isah Tandang Sari, Gadis Yang Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri Legenda Sarawak Dang Isah Tandang Sari, Gadis Yang Jadi Mangsa Kecantikan Sendiri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?