• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
16 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak

Satu lagi sumber pendapatan baharu Sarawak

Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak. Kilang pemprosesan keju kerbau di Stesen Penternakan Kerbau Meragang Lawas bakal siap sepenuhnya pada November ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu, pembinaan kilang kini mendahului jadual dengan 17 peratus dan dijadualkan disiapkan pada Oktober atau November ini.

Lawas Bakal Jadi Pembekal Keju Kerbau Utama Di Sarawak. Kredit foto: UKAS

“Kilang ini yang bernilai RM13 juta akan memproses keju kerbau yang menjadi pembekal kepada pasaran tempatan dan juga akan dieksport untuk pasaran luar negara.

“Ini akan meningkatkan jumlah pengeluaran keju di Malaysia bagi memenuhi permintaan dalam negara,” jelasnya.

Menurutnya, kilang itu menyasar menternak sebanyak 30,000 ekor kerbau menjelang tahun 2030 dan jumlah kerbau telah bertambah dari 17,000 ekor.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja ke Stesen Penternakan Kerbau Meragang di sini pada Rabu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Lawas mampu dibangunkan sebagai pintu masuk pelancongan di kawasan utara Sarawak.

“Kawasan ini seumpama New Zealand di Sarawak dengan keadaan muka bumi yang cantik dan dikelilingi tanah tinggi dan beberapa air terjun,” ujarnya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pengarah NRDA Dato Ubaidillah Abdul Latif.

Baca lagi artikel menarik:

Lebuh Raya Miri Ke Long Terawan Sepanjang 100KM Bakal Dibina Tahun Depan
Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Uji Adrenalin Anda Dengan Sukan Lumba Go-Kart Di Serapi Borneo Race Track Kuching
Next Article Remaja 16 Tahun Maut Dibunuh Rakan Dengan Tukul Di Semporna

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?