• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap

Oleh
Husna Hazmi
4 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek yang ditangkap berusia antara 14 hingga 50 tahun.

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap. Sebelum ini, tular sebuah berita di mana seorang remaja lelaki dibelasah sehingga meninggal dunia gara-gara menyebarkan sebuah video lucah bekas teman wanitanya pada 29 Julai lalu.

Kes mengerikan itu juga telah mendapat perhatian ramai netizen.

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap
Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap

12 suspek ditangkap

Dilaporkan seramai 12 suspek ditangkap, 9 lelaki dan 3 perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh remaja lelaki tesebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, kesemua suspek yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia antara 14 dan 50 tahun.

Beliau berkata bahawa, suspek-suspek tersebut ditangkap dalam beberapa siri tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut, di mana tangkapan terbaharu adalah pada 2 Ogos melibatkan dua lelaki dan seorang perempuan berusia 14 tahun hingga 19 tahun.

“Polis akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau menerusi satu kenyataan, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

Remaja Maut Dibelasah Di Kuching Gara-Gara Sebar Video Lucah, 12 Suspek Ditangkap

Mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia

Mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dipercayai dipukul beramai-ramai di Jalan Tun Jugah, Kuching.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kisah percintaan mangsa bersama anak salah seorang suspek yang memukulnya.

Walaubagaimanapun, kes masih lagi dijalankan dan dalam siasatan lanjut. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak berkuasa.

Sebelum ini kisah ini tular dan telah mengejutkan ramai pihak:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara-Cara Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali Pada Iphone Anda Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali
Next Article Kisah Tragik Nicokado Avocado, Youtuber Yang Kini Terlantar Akibat Mukbang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?