• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar

Oleh
Nazihah AN
25 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar

Resipi Mudah No-Bake Instant Cereal Chocolate Pod

Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar. Dah masuk minggu ke-2 puasa ni, mesti ramai yang tengah usha resipi biskut untuk raya nanti kan? Boleh jimat duit nak beli biskut nanti. Nak topup balang pun senang, ye dok?

Kali ini, Danish Harraz dari DanishsRedKitchen kongsikan resipi mudah No-Bake Instant Cereal Chocolate Pod yang hanya menggunakan 3 bahan utama. Ia sesuai disediakan untuk menjamu selera musim raya nanti.

Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar
Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar

Mari ikuti perkongsian resipi mudah dari chef cilik Danish Harraz!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 140g (2 cawan) Sereal Segera Nestum
  • 320g (2 cawan) Sebatian Coklat, cairkan dengan kaedah double boil atau ketuhar gelombang mikro. Danish mencampurkan 1 cawan coklat susu dan 1 cawan coklat hitam. (Rasa Nestum pod ini manis just nice, namun jika lebih suka rasa manis, boleh gunakan semua coklat susu).
  • Hazelnut Spread secukupnya (atau boleh ganti dengan sebatian coklat yang dicairkan atau Nutella, mentega kacang, atau apa-apa yang bersesuaian dengan selera)

Untuk hiasan atau topping pilihan:

  • Sedikit Almond Nibs atau apa-apa ketulan kegemaran yang telah dibakar

Cara penyediaan:

  • Gaulkan Nestum dan sebatian coklat yang telah dicairkan.
  • Bila siap menggaul, terus scoop ke dalam cupcake liner dan tekan sedikit untuk mengisi filling bagi mengelak adunan menjadi kering kerana coklat mula mengeras. Ini juga bagi elakkan tepi-tepi pod menjadi tidak pecah apabila ditekan.
Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar
  • Jika tidak mahu menggunakan cupcake liner, boleh terus bulat-bulatkan dan susun dalam tray. Kemudian tekan sedikit di tengahnya supaya senang untuk memasukkan filling.
  • Pipekan Hazelnut Coklat Spread atau Nutella ke dalam setiap pod. Taburkan sedikit Almond Nibs pada atas filling pod.
  • Simpan dalam chiller hingga Cereal Pod mengeras, dalam masa 15 minit atau lebih bergantung kepada peti sejuk yang digunakan. Apabila Pod sudah mengeras, keluarkan dan biarkan di luar seketika supaya sedikit lembut sebelum dimakan.
Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar

Resipi cereal pod ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Selain itu, ia juga merupakan hidangan yang sihat kerana mengandungi serat dari nestum dan tidak terlalu manis kerana kandungan gula yang sederhana.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi ini semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Selamat mencuba!

Baca juga resipi mudah yang disukai kanak-kanak:

Resipi Mudah Untuk Hidangan Raya Nanti, Ini Resipi Jejari Oat Yang Enak
Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih
Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Geli Hati Sekumpulan Anti-KK Mart ‘Tersalah’ Kedai Semasa Buat Protes
Next Article Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?