• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama

Oleh
Aina Musa
25 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama

Semoga keadilan berpihak kepada mangsa

Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama. Polis Sabah telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi memastikan siasatan kes melibatkan pelajar kolej vokasional yang maut dipukul di asrama baru-baru ini dilakukan secara pantas, profesional dan teratur.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan petugas itu diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kontinjen Sabah Asisten Komisioner, Cyril Edward Nuing.

Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama. Smber: Astro Awani

“Bagi kes buli yang membawa kepada kematian seorang pelajar, reman akan tamat pada 29 Mac ini.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 dengan jumlah tahanan untuk siasatan masih 13 orang,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Kontinjen Sabah di Auditorium IPK Sabah di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes melibatkan kematian seorang pelajar kolej vokasional di Lahad Datu pada Jumaat lalu.

Diminta mengulas lanjut hasil bedah siasatan dijalankan, beliau memaklumkan pihak PDRM masih belum dapat mendedahkan punca kematian mangsa.

“Memandangkan masih dalam siasatan dan elak sebarang spekulasi, jadi buat masa ini pihak polis tidak dapat memaklumkan sebab kematian berdasarkan hasil bedah siasat berkenaan.

“Berdasarkan gambar memang ada (kesan lebam), bagaimanapun nanti kita maklumkan (kecederaan),” katanya.

Katanya lagi, setakat ini beberapa individu juga turut telah dirakam percakapan termasuk warden dan rakan-rakan mangsa lain.

“Polis belum dapat dedahkan berapa ramai yang dipanggil, mungkin akan jadi ramai,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17,ditemukan meninggal dunia di asrama kolej berkenaan dipercayai akibat dipukul oleh rakan asrama.

Baca lagi artikel menarik:

Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan
Enggan Beri Laluan Di Jalan Sempit, 2 Pemandu Gaduh Guna Parang Dan Besi Di Kota Belud
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar Hanya Guna 3 Bahan Sahaja, Ini Resipi Mudah Nutella Cereal Pod Tanpa Bakar
Next Article Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?