fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Jun 2020
Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal
Share on FacebookShare on Twitter

Tak Perlu Kuarantin Semasa Ketibaan.

Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal. Nampaknya, seluruh dunia kini telah mula melonggarkan perintah berkurung. Walau pun Malaysia masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kerajaan Sabah dilihat telah bersedia untuk membuka semula pintu sempadannya untuk rakyat Malaysia.

Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau menjelaskan bahawa Sabah kini membuka semula pelancongan lokal dengan membenarkan perjalanan dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan melalui laluan udara, darat dan laut.

Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Syafie Apdal

Perjalanan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuklah penjawat awam serta pekerja sektor swasta dan rakyat Sabah sendiri yang kini berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan tanpa perlu kuarantin.

Tak Perlu Kuarantin, Dengan Syarat Disahkan Negatif Oleh KKM

Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ke Sabah hanya akan diberikan dengan syarat individu tersebut disahkan negatif daripada COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum perjalanan. Untuk itu, inidvidu tersebut haruslah menunjukkan surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia semasa ketibaan di lapangan terbang Sabah.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bukan itu sahaja, Sabah juga membenarkan rakyat Malaysia yang berhajat untuk tinggal di hotel-hotel yang telah mula beroperasi sejak 10 Mei yang lalu.

Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal
Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal
Sabah Negeri Pertama Buka Semula Pelancongan Lokal

Bagi rakyat Malaysia yang bukan asal Sabah, mereka haruslah mengemukakan dokumen perjalanan yang sah seperti pas kerja yang sah serta pas-pas berkaitan yang lain.

Kerajaan Sabah juga bercadang untuk menyambung semula penerbangan antarabangsa sebaik sahaja PKPB ditamatkan. Malah, mereka juga mempertimbangkan penggunaan kit pantas COVID-19 untuk menarik semula kedatangan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara.

Nampaknya, bolehlah anda merancang semula percutian dalam negara bagi merancakkan semula ekonomi negara. Bagi yang merindukan keluarga di Sabah pula, kini masanya telah tiba.

Di sini kami sediakan artikel menarik tentang tempat pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi di Sabah :

SUMBER : The Borneo Post
Share3654Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy