• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Wireless Walk, Port Santai Meriahkan Suasana Malam Di Miri

Oleh
Ismail NA
10 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Dah Nama Pun Wireless, Mestilah Ada Wi-Fi Percuma!

Wireless Walk, Port Santai Meriahkan Suasana Malam Di Miri. Memang tidak dapat dinafikan, suasana malam di Miri sangat ceria dan terang benderang. Apatah lagi dengan kewujudan tarikan serta tempat makan yang unik di sana. Sebuah port lepak santai dan busking yang dinamakan sebagai Wireless Walk menambahkan lagi keceriaan Bandaraya Miri terutamanya pada waktu malam.

Wireless Walk ini pada asalnya merupakan sebuah laluan yang menempatkan peniaga kecil-kecilan berdekatan Jalan North Yu Seng, Miri. Lokasinya strategik kerana terletak di jalan yang paling sibuk di Bandaraya Miri dan dikelilingi dengan pelbagai jenis hotel, inap desa, tempat makan dan pusat hiburan. Kini, ia dinaiktaraf daripada laluan tidak berbumbung menjadi sebuah laluan yang lebih cantik dan kontemporari. Lihatlah konsep Wireless Walk ini. Ini barulah gaya lepak tepi jalan yang standard. Siap ada kedai kopi!

Sumber foto: facebook

Laluan 500 Meter Yang Ada Lot Food Truck Dan Tempat Busking

Laluan sepanjang 500 meter ini turut menempatkan 62 kiosk makanan yang merangkumi pelbagai jenis termasuklah makanan tempatan, makanan tradisional serta hidangan barat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati jualan foodtruck di kawasan khas. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas awam. Paling best, para pelancong dan pengunjung Wireless Walk ini juga boleh menikmati kemudahan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

Suasana santai di sini juga bakal dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan buskers tempatan. Jika anda mahukan tanda kenang-kenangan dari Miri, apa kata anda singgah ke Zon C Wireless Walk ini untuk membeli sedikit cenderamata.

Suasana Wireless Walk sebelum dinaiktaraf. Kredit : FB Wireless Miri Sarawak

Untuk pengetahuan anda, nama Wireless Walk ini diambil sempena nama sebuah perkampungan di Miri iaitu Kampung Wireless. Kampung ini merupakan perkampungan yang tertua di Miri dan dinamakan sempena sebuah menara telekomunikasi Jabatan Pos dan Telegraph yang dibina di tengah-tengah kampung ini oleh kerajaan British sekitar tahun 50-an.

Tak perlu pergi jauh-jauh, Wireless Walk ini memang betul-betul kat pusat bandar. Nak lepak sampai pagi pun on saja!

Maklumat lain

Lokasi : Jalan North Yu Seng, 98000 Miri, Sarawak

Apa lagi yang gempak di Miri? Baca artikel ini :

Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri
Lokasi Burger Homemade Miri Yang Pasti Buat Anda Terliur
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan
Next Article Terkejut Bil Cecah RM 6K, Wanita Ini Persoal Prosedur Tidak Telus Syarikat Elektrik Sarawak Wanita Ini Terkesima Terima Bil Elektrik Cecah RM 6K Lepas Tukar Meter Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?