• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Restoran Lapangan Terbang Sandakan Diarah Tutup 14 Hari Kerana Masalah Kebersihan

Oleh
Nazihah AN
5 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Tutup 14 hari, restoran Lapangan Terbang Sandakan langgar standard kebersihan

Restoran Lapangan Terbang Sandakan Diarah Tutup 14 Hari Kerana Masalah Kebersihan. Satu restoran di Lapangan Terbang Sandakan telah diarah tutup selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sandakan berkuat kuasa 3 Februari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Keputusan ini dibuat selepas pemeriksaan mendapati premis tersebut berada dalam keadaan tidak bersih susulan aduan orang awam, menurut laporan media tempatan.

Restoran Lapangan Terbang Sandakan Diarah Tutup 14 Hari Kerana Masalah Kebersihan
Restoran Lapangan Terbang Sandakan Diarah Tutup 14 Hari Kerana Masalah Kebersihan. Sumber foto: Borneo Post

Tindakan penutupan ini menarik perhatian ramai apabila notis arahan ditampal pada pintu premis tersebut, jelas menyatakan bahawa ia ditutup kerana gagal mematuhi keperluan kebersihan yang ditetapkan.

Mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, pegawai berkuasa boleh mengeluarkan arahan penutupan sehingga 14 hari kepada mana-mana premis yang menyediakan atau menjual makanan dalam keadaan yang boleh membahayakan kesihatan.

Jika pemilik atau pengusaha premis gagal mematuhi arahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Isu Kebersihan Penting untuk Pelancongan

Pemain industri pelancongan tempatan, Alexander Yee, menekankan bahawa kebersihan adalah kunci kepada gaya hidup sihat dan berkualiti.

“Ini terbukti penting terutama selepas kita baru sahaja pulih daripada pandemik Covid-19. Tambahan pula, dengan persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, imej kebersihan yang baik sangat penting untuk menarik keyakinan pelancong,” katanya.

Dengan insiden ini, diharapkan semua pengusaha restoran, terutamanya di lokasi penting seperti lapangan terbang, lebih cakna terhadap kebersihan bagi menjamin keselamatan makanan kepada pelanggan. Apa pendapat anda? Pernahkah anda mengalami pengalaman makan di restoran yang kotor? Kongsikan di ruangan komen.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai restoran kotor di Sarawak yang diarah tutup:

Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup
Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penutupan Sementara Jalan Tun Ahmad Zaidi Lorong 40 Sibu Mulai 8 Februari
Next Article Kes Rasuah Monopoli Projek Kerajaan Di Sarawak, 8 Individu Termasuk Wanita Vietnam Direman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?