• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang

Oleh
Ismail NA
5 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2 minggu yang lalu.

Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang. Hajat sebuah keluarga yang ingin menyempurnakan upacara sempena Qing Ming di Tanah Perkuburan Cina Bukit Aup Sibu tidak kesampaian apabila terkesima melihat 7 kubur ahli keluarga mereka diselongkar dan dipecahkan.

Isi Isi Penting
  • Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2 minggu yang lalu.
  • Perbuatan terkutuk, tidak hormat individu yang telah meninggal dunia
  • Tulang berkemungkinan dibawa balik oleh pelaku
  • Baca juga:

Lebih mengejutkan, keranda dibakar dan tiada kesan-kesan tulang berada di kawasan berhampiran – berkemungkinan hilang.

Ahli keluarga terbabit menyedari perkara tersebut pada hari Ahad yang lalu. Laporan polis telah dibuat serta merta di Balai Polis Bukit Aup, Sibu.

Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang
Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang. Foto: Anna Siaw Geok It via The Borneo Post

Perbuatan terkutuk, tidak hormat individu yang telah meninggal dunia

Menurut pengerusi Sibu United Chinese Graveyard Association, Teo Boon Siew, pihaknya menerima makluman mengenai perkara tersebut pada hari yang sama. Pihaknya juga percaya bahawa keranda tersebut dibakar di kawasan berdekatan memandangkan terdapat kesan terbakar di sekitar kawasan perkuburan.

Tulang-tulang ahli keluarga yang telah meninggal juga tidak kelihatan sama sekali di kawasan perkuburan.

Teo menyelar tindakan pihak melakukan perbuatan terkutuk itu dan menganggapnya sebagai tidak menghormati individu yang telah meninggal dunia.

Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang
Foto: Anna Siaw Geok It via The Borneo Post

Tulang berkemungkinan dibawa balik oleh pelaku

Pihaknya sehingga kini masih belum mengetahui siapakah pelaku di sebalik perbuatan itu berserta motif di sebaliknya. Walau bagaimanapun, pelaku disyaki membawa tulang temulang yang diceroboh bersama mereka memandangkan hanya itu sahaja komponen yang masih tidak ditemui dan tidak dapat dijejak.

Keranda-keranda pula dibakar di kawasan semak yang berhampiran.

Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang
Foto: Anna Siaw Geok It via The Borneo Post

Teo juga percaya bahawa kerana tersebut telah dibakar sejak dua minggu yang lalu memandangkan semak-semak di kawasan tersebut telah tumbuh panjang.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati
Next Article Hos Getah Bocor Punca Letupan Kebakaran Di Samarindah, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan Hos Getah Bocor Punca Letupan Kebakaran Di Samarindah, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?