• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Oleh
Husna Hazmi
30 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh telah melakukan sumbang mahram dan amang seksual kepada anak perempuannya.

Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah. Dilaporkan, seorang buruh kasar telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini atas dua pertuduhan iaitu melakukan sumbang mahram dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang hanya berusia 13 tahun.

Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah
Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Menukar pengakuannya kepada tidak bersalah

Lelaki yang berusia 48 tahun itu menukar pengakuannya kepada tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan di depan Hakim Maris Agan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibaca semula oleh jurubahasa mahkamah

Oleh demikian, Hakim Maris Agan telah menetapkan semula pengurusan kes pada 30 Jun akan datang dan memerintahkan tertuduh direman lanjut di Penjara Puncak Borneo.

Pada 27 Mei lalu, mahkamah telah menetapkan semula tarikh kepada hari ini untuk sebutan semula kes dan hukuman terhadap tertuduh setelah dirinya mengaku bersalah.

Namun, apabila dibicarakan mahkamah semula pada hari ini, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menukar pengakuannya kepada tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua di bawah Sekyen 376B(1) Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram iaitu merogol anaknya pada 28 Disember 2021, sekitar jam 8 pagi dan 8 malam di kediaman mereka sekeluarga di Lundu.

Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah
Kredit gambar: The Borneo Post

Dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun

Jika disabit bersalah tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahum dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama dengan cara menjilat kemaluan dan meraba payudara mangsa pada hari dan di tempat yang saman antara jam 8 pagi dan 8 malam.

Pertuduhan pindaan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie.

Amat membimbangkan! Kes sumbang mahram kini semakin menjadi-jadi di Sarawak:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Next Article Sukakan Cabaran? Sushi Ulat Sagu Challenge, Anda Boleh Dapatkan Baucar RM20 Di Sushi Tie Sukakan Cabaran? Sushi Ulat Sagu Challenge, Anda Boleh Dapatkan Baucar RM20 Di Sushi Tie

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?