• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

Oleh
Nazihah AN
30 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

Produk mentega kacang dari pasaran Amerika Syarikat dikhuatir tercemar dengan bakteria Salmonella

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran. Produk mentega kacang dari pasaran Amerika Syarikat dikhuatir tercemar dengan bakteria Salmonella dan ditarik balik daripada pasaran di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan di laman Facebook rasminya mengenai isu penarikan balik produk mentega kacang berjenama Jif setelah menerima notifikasi dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN).

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

Produk keluaran Amerika Syarikat tersebut telah diedarkan ke beberapa negara

Difahamkan juga bahawa notifikasi tersebut telah menyatakan Pihak berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) telah mengarahkan produk mentega tersebut produk mentega kacang tersebut dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya melibatkan tiga digit terakhir 425 ditarik balik kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, produk keluaran Amerika Syarikat tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuklah Malaysia.

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Sumber gambar: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

Pengguna yang telah membeli produk mentega kacang tersebut diminta untuk tidak memakan produk tersebut.

Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan bahawa produk mentega kacang Jif tersebut telah diimport ke negara ini. Sehubungan itu, KKM telah meminta pihak syarikat yang mengimport segera menarik balik produk yang terlibat di pasaran.

Penjual juga hendaklah menghentikan penjualan produk yang terlibat dengan nombor batch tersebut dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk mentega kacang tersebut diminta untuk tidak memakan produk tersebut.

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tewas di bumi Bintulu jua. Tular indvidu yang dilabel sebagai ‘pembuli jalan’ akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Portal di Bintulu Lapor Individu Tular ‘Pembuli Jalan’ Telah Ditahan
Next Article Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?