• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang

Oleh
ILB - AI
16 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan Sarawak juga memiliki 6 mercu khas yang lain

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang. Negeri Sarawak atau kita kenali sebagai negeri bumi Kenyalang merupakan sebuah negeri yang terbesar di dalam Malaysia dengan memiliki 12 bahagian keseluruhannya.

Isi Isi Penting
  • 1. Muzium Budaya Sarawak
  • 2. Empangan Bakun
  • 3. Taman Negara Bako – sea stack
  • 4. Sungai Rajang
  • 5. Gua Mulu – Sarawak Chamber
  • 6. Wisma Sanyan

Tapi, tahukah kita bahawa di Sarawak juga bukan setakat di kenali dengan mercu burung Kenyalang sahaja malah Sarawak juga memiliki 6 mercu tanda khas yang mudah kita kenali dan ingati bahkan menjadi tarikan untuk orang luar mengenali Sarawak.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang. Sumber gambar: Pelancongan Di Sarawak

1. Muzium Budaya Sarawak

Salah satu mercu tanda khas yang ada di Sarawak adalah Muzium Budaya Borneo yang baru sahaja dirasmikan pada 4 Mac yang lalu. Muzium yang berdiri megah di tengah bandaraya Kuching tersebut merupakan muzium kedua terbesar di Asia yang menghimpun dan mempamerkan kekayaan budaya, warisan dan sejarah Sarawak.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

2. Empangan Bakun

Mercu tanda yang kedua pula adalah empangan Bakun yang terletak di Belaga, Kapit. Menjadi mercu tanda khas di Sarawak kerana keluasan sebuah empangan ini dikatakan hampir sebesar Singapura dan merupakan empangan konkrit tertinggi di dunia. Bukan itu sahaja, empangan terbesar di Sarawak ini juga merupakan empangan utama yang menjana hidroelektrik bukan sahaja di Sarawak malah sehingga ke Semenanjung.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang. Sumber gambar: SUARA SARAWAK

3. Taman Negara Bako – sea stack

Seterusnya, tempat pelancongan yang menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi di Sarawak iaitu Taman Negara Bako. Taman negara tertua di Sarawak ini memiliki mercu tanda yang menjadikan ianya salah satu destinasi pelancongan juga adalah “sea stack” atau bongkahan batu besar yang terdapat di tengah laut.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Sumber gambar: My Little Adventure

4. Sungai Rajang

Menjadi negeri terbesar di Sarawak dan masih terkenal dengan pengangkutan menggunakan laluan sungai, Sungai Rajang turut menjadi mercu tanda khas melambangkan Sarawak. Sungai terpanjang di Sarawak ini juga membawa gelaran sebagai sungai terpanjang di Malaysia.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Sumber gambar: FB IndieGo Press

Untuk pengetahuan juga, sungai ini memiliki lebar yang dianggarkan sebesar satu padang bola sepak.

5. Gua Mulu – Sarawak Chamber

Di Sarawak juga kita memiliki sebuah gua yang terkenal iaitu Gua Mulu dan di dalam gua tersebut ada satu mercu tanda yang khas melambangkan Sarawak di mata dunia iaitu Sarawak Chamber. Sarawak Chamber adalah satu ruang bawah tanah yang terdapat di dalam gua dan merupakan chamber yang terbesar di dunia.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Sumber gambar: GUNUNG MULU NATIONAL PARK

6. Wisma Sanyan

Mercu tanda yang terakhir adalah Wisma Sanyan yang terletak di Sibu atau lebih dekat di bibir masyarakat setempat dengan nama Parkson. Bangunan Wisma Sanyan ini menjadi salah satu mercu tanda kerana ianya merupakan bangunan tertinggi di Sarawak. Oleh sebab itu, aktiviti payung terjun yang saban tahun diadakan memilih Sibu sebagai destinasi acara ini.

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Sumber gambar: UNIREKA

Jadi, ini adalah 6 mercu tanda khas yang melambangkan negeri Sarawak selain dengan mercu burung Kenyalang.

Untuk mengetahui banyak lagi keunikan yang ada di Sarawak, boleh baca artikel dibawah:

https://www.iloveborneo.my/persis-longan-kenali-buah-isau-buah-tropikal-asli-daripada-sarawak/
Kenali Gendang Pampat, Paluan Perang Seru Semangat Pahlawan Iban
SUMBER :Pelancongan Di SarawakSarawak Museum DepartmentSUARA SARAWAKMy Little AdventureFB IndieGo PressUNIREKA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Di Borneo, Kenali 'Sun Bear' Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan Hanya Di Borneo, Kenali ‘Sun Bear’ Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan
Next Article Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?