• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rumah Runtuh Di Kampung Stutong Baru, Lelaki Tempatan Maut

Oleh
Husna Hazmi
4 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis mohon jangan buat spekulasi

Rumah Runtuh Di Kampung Stutong Baru, Lelaki Tempatan Maut. Tragedi menyayat hati berlaku di Kampung Stutong Baru, Kuching awal pagi tadi apabila seorang lelaki tempatan ditemukan maut dalam kejadian rumah runtuh. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2.50 pagi, melibatkan sebuah rumah persendirian.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee, memaklumkan bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 57 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. “Setibanya pihak kami di lokasi, kami dapati rumah tersebut musnah hampir 90%, dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Rumah Runtuh Di Kampung Stutong Baru, Lelaki Tempatan Maut
Rumah Runtuh Di Kampung Stutong Baru, Lelaki Tempatan Maut. Sumber gambar: Utusan Borneo

Pasukan dari Balai Bomba dikerah ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya turut dikerah ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Dalam kenyataan itu juga, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan. “Kami menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih kepada pihak polis jika ada sebarang maklumat berkaitan kejadian ini,” tambahnya.

Rumah Runtuh Di Kampung Stutong Baru, Lelaki Tempatan Maut
Sumber gambar: Utusan Borneo

Sebarang maklumat boleh disampaikan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Abdur Ghani Bigik di talian 013-8954711 atau hubungi IPD Kuching di 082-244444. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi balai polis terdekat untuk sebarang bantuan.

Marilah kita sama-sama hormati privasi keluarga mangsa dan sedekahkan doa kepada mangsa.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kes Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Sibu Didenda RM4K
Kos Bersalin Serendah RM15 Di Hospital Ranau, Netizen Bersyukur Jadi Warganegara Malaysia
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mulai Januari 2025, Ini 28 Kawasan Larangan Merokok Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Ribut Petir Dan Hujan Lebat Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Petang Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?