• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan

Oleh
Aina Musa
14 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan

Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako

Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan. Objek batu tunggul berusia jutaan tahun, atau sea stack yang menjadi ikon Taman Negara Bako runtuh sekitar 24 jam yang lalu.

Kehilangan batu tersebut disedari oleh pemandu pelancong yang melintasi kawasan tersebut sekitar petang Selasa.

Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan
Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan. Sumber: FB Sarawak Travel

Bagaimanapun setakat ini Sarawak Forestry Corporation (SFC) belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden malang itu.

Menurut laporan sebuah portal berita, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan tentang kejadian itu.

Abdul Karim berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Abang Arabi Abang Aimran pada Selasa.

Ia merupakan objek batu kedua yang runtuh akibat hakisan selepas Drinking Horse di Tudan, Miri pada Februari 2021.

Pulau Bako diangkat sebagai Taman Negara pada 1957 berkeluasan 27 kilometer.
Ia menjadi rumah kepada lebih 600 bunga, lebih 267 spesies hidupan liar termasuk monyet Belanda.

Selama ini formasi batu tunggul di Taman Negara Bako itu menjadi persinggahan wajib bagi pengunjung, dengan mengabadikan kenangan menerusi rakaman lensa kamera.

Baca lagi artikel menarik:

Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Batu Berbentuk Kepala Singa Di Pantai Tusan Miri Telah Runtuh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024 Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Next Article Instagrammable Sambil Menikmati Sunset, Night Market Baru Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?