I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: #RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini

Oleh iloveborneo
Dikirim pada 22/06/22 4:14 PM
Kongsi
10 Min Bacaan
#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Kongsi

Adakah anda enjoy semasa Rainforest World Music Festival? Because we did! Tapi…

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini. Hujung minggu lalu, Rainforest World Music Festival 2022 (RWMF2022) telah diadakan secara fizikal buat kali pertama setelah dua tahun ‘direhatkan’! Selama tiga hari, pengunjung yang hadir telah menikmati muzik dan aktiviti menarik di festival muzik yang terkenal ini.

Memandangkan festival ini pun sudah berakhir, sudah semestinya akan ada perbincangan dalam kalangan pengunjung acara tersebut. Bagi kami pula, ini pendapat kami (dan beberapa pihak yang terlibat) tentang pengalaman di #RWMF2022!

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini. Sumber foto: ILoveBorneo

Sebelum itu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Sarawak kerana tidak melupakan kami dan menaja tiket masuk kami ke #RWMF2022!

Cuaca yang baik dan menyenangkan

Seperti biasa, festival ini diadakan selama tiga hari dan daripada tiga hari itu, hanya hari Jumaat sahaja yang dipenuhi dengan hujan. Untuk hari Sabtu dan Ahad pula, cuaca sangat menyenangkan dan semua pengunjung berseronok kerana ini.

Transaksi jualan secara dalam talian disediakan

Satu lagi tambahan bagus untuk festival ini ialah penggunaan transaksi dalam talian. Memandangkan tiada ATM berdekatan di Kampung Budaya Sarawak, ia adalah wajar untuk menggunakan transaksi dalam talian sekiranya pelawat tidak membawa wang tunai yang mencukupi.

Kami mendapati penggunaan kod QR sangat menggalakkan semasa #RWMF2022 kali ini. Kami dapat merasai sendiri betapa mudahnya urusan membeli makanan, minuman dan barangan cenderahati melalui kaedah ini. Tentunya ini adalah sesuatu yang menyenangkan juga buat pengunjung terutamanya dari luar negeri dan pengunjung antarabangsa.

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Kod QR dilihat di gerai untuk memudahkan pembayaran. Sumber foto: ILoveBorneo

Pintu keluar dan masuk diasingkan

Untuk edisi tahun ini, pintu masuk dan keluar juga telah dibuat perubahan. Sebelum ini, jalan masuk dan keluar adalah laluan yang sama iaitu pintu masuk Kampung Budaya Sarawak. Tetapi untuk tahun ini, laluan keluar dan masuk dibahagikan.

Pintu masuk untuk tahun ini tetap menggunakan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak, tetapi pintu keluar untuk tahun ini dibuka di belakang Restoran Budaya bagi memudahkan kawalan keluar masuk orang ramai selain mengelakkan kesesakan yang melampau.

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Jalan keluar premis terletak di kawasan Restoran Budaya Kampung Budaya Sarawak.

Penggunaan sistem imbas kod QR berbanding warna gelang mengikut hari

Untuk gelang, terdapat juga perubahan. Sebelum ini, gelang tangan berbeza warna digunakan untuk membezakan hari. Biasanya, setiap hari akan mempunyai gelang tangan warna berbeza. Contohnya, Jumaat – gelang tangan berwarna kuning, Sabtu – gelang tangan berwarna merah, Ahad – gelang tangan berwarna hijau (sebagai contoh).

Walau bagaimanapun untuk tahun ini, gelang tangan itu semuanya berwarna sama (putih) tetapi mempunyai kod QR padanya untuk diimbas.

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Gelang tangan RWMF 2022. Sumber foto: ILoveBorneo

Kekurangan #RWMF2022: Vendor terima layanan buruk?

Walau terdapat perbezaan yang ketara dan bermanfaat untuk pengunjung pada tahun ini, kami turut menerima komen yang agak kurang enak untuk didengar. Majoritinya daripada kalangan vendor atau penjaja yang mendaftar di #RWMF2022.

Kritikan yang paling jelas yang kami dengar adalah di mana vendor dikehendaki membayar lebih sekiranya ingin memasuki kawasan konsert.

Semasa kami menghadiri RWMF, kami berpeluang berinteraksi dengan beberapa vendor. Ujar mereka, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan konsert melainkan mereka membeli tiket pengunjung bersubsidi.

Vendor kena bayar lebih kalau nak tengok konsert

Ini adalah satu kejutan buat kami kerana ini merupakan kali pertama kami mendengar bahawa vendor dikehendaki membayar untuk memasuki kawasan konsert. Menurut vendor yang menceritakan hal tersebut kepada kami, mereka tidak dimaklumkan mengenai syarat ini sehinggalah hari festival (pagi Jumaat).

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Salah satu vendor untuk tahun ini ialah Pangrok Sulap dari Sabah. Sumber foto: ILoveBorneo

Untuk pengetahuan anda, gelang yang dipakai oleh vendor berlainan dengan gelang pengunjung. Para vendor memakai gelang tangan yang berbeza warna dan jenis. Pengunjung RWMF memakai gelang tangan putih, manakala para penjual memakai gelang merah.

Namun, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan konsert sehingga membeli tiket ‘pengunjung’ bersubsidi. Jika mereka membeli tiket ini, mereka akan diberikan gelang berwarna berbeza untuk menunjukkan bahawa mereka telah membayar untuk memasuki kawasan konsert.

Dipetik dari salah seorang vendor, beliau berkata,

“Kami sudah membayar untuk membuka gerai (di RWMF), untuk mendapatkan gelang vendor dan untuk mengeluarkan produk kami. Mengapa kami perlu membayar sekali lagi hanya untuk memasuki kawasan konsert? Tidakkah kami akan rugi lebih banyak?”

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Vendor tidak dibenarkan masuk kawasan konsert selagi mereka tidak membeli ‘tiket pengunjung’ yang telah bersubsidi. Sumber foto: ILoveBorneo

Ada yang ‘dihalau’ sebab jual minuman keras tempatan

Sementara itu, kami juga berpeluang bercakap dengan vendor yang telah ‘dihalau’ kerana didapati menjual minuman keras tempatan.

Menurut mereka, mereka telah ‘dihalau’ secara ‘kasar’ oleh salah satu pihak yang menguruskan acara tersebut. Alasan yang diberikan adalah kerana penjualan minuman keras hanya di benarkan untuk salah satu syarikat yang telah menaja RWFM pada tahun ini.

Pihak itu juga mengatakan bahawa jika mereka tidak menutup gerai mereka, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM20k kerana berjual minuman keras tanpa kebenaran pihak pengurus.

Vendor tersebut juga mengatakan bahawa ramai pelawat yang menghadiri acara tersebut menyatakan ketidakpuasan hati kerana penjualan minuman keras tempatan adalah sangat terhad pada RWMF tahun ini.

Katanya mengenai perkara ini,

“Padahal, minuman yang dijual adalah produk usaha mikro yang menjual minuman khas tempatan. Minuman yang diminum sebahagian rakyat sarawak sebagai minuman tradisional.”

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Flickr

Pada pendapat kami, perkara ini sangat tidak wajar dan sangat merugikan.

Sebaliknya, adalah lebih masuk akal jika terdapat lebih banyak variasi minuman yang dijual di RWMF. Tinjauan kami juga mendapati bahawa orang ramai tercari-cari minuman tempatan seperti tuak tetapi tidak menemuinya. Malah, kami mendapati tiada seorang pun penjual tempatan menjual minuman keras tempatan di RWMF tahun ini.

Terlepas peluang promosi arak tempatan kepada pengunjung antarabangsa

Kami agak tidak bersetuju dengan polisi monopoli seperti ini kerana ia menutup peluang peniaga kecil tempatan yang menghasilkan arak tempatan berkualiti. Apatah lagi, inilah satu-satunya peluang untuk peniaga tempatan memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung antarabangsa dan membuka peluang ekonomi yang lebih luas selepas #RWMF2022.

Bukan itu sahaja, ketiadaan variasi tuak-tuak tempatan juga sebenarnya satu kerugian buat penganjur dan Sarawak, amnya. Sarawak kaya dengan penghasilan minuman keras tempatan seperti tuak yang berbagai-bagai perisa, langkau dan burak. Inilah peranan vendor tempatan; memperkenalkan produk unik ini kepada masyarakat luar!

Sekiranya kami berada di tempat pengunjung antarabangsa, #RWMF2022 dan Sarawak hanyalah sekadar untuk menikmati muzik hutan hujan, tanpa ada nilai tambah yang menjadikannya unik, segar dan ingin dilawat kembali pada edisi akan datang. Dalam erti kata lain, ianya membosankan.

Lagipun, festival ini juga secara langsung untuk mempromosikan keindahan Sarawak dan hutan hujannya, it makes more sense jika minuman keras tempatan disediakan untuk mereka yang berminat untuk mencuba.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Southeast Asia Globe

Persembahan hibrid yang ‘potong stim’

Selain daripada vendor, komen lain yang kami telah terima adalah mod persembahan RWMF untuk tahun ini. Seperti yang kita ketahui, ia adalah acara hibrid iaitu gabungan persembahan secara langsung dan digital streaming.

Kebanyakan pengunjung konsert mentafsirkan penstriman digital terbabit adalah untuk mereka yang menonton dari rumah. Namun, ramai yang tidak menyangka apabila persembahan secara langsung diselingkan dengan persembahan artis secara dalam talian menerusi skrin besar pentas. Mereka nyata terkejut apabila terpaksa menonton persembahan muzik secara penstriman digital walaupun di lokasi fizikal.

Walaupun kami memuji usaha ini, sesetengah pengunjung lebih suka persembahan langsung secara penuh kerana mereka merasakan selingan penstriman digital itu agak mengganggu suasana di antara persembahan langsung.

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Di antara persembahan secara langsung, akan ada persembahan artis jemputan yang distrim secara digital seperti ini. Sumber foto: ILoveBorneo

Namun, kami percaya hal ini adalah disebabkan sesetengah negara mungkin masih belum membuka sempadan mereka dan artis antarabangsa tidak mempunyai pilihan selain membuat persembahan secara digital.

Ada perubahan yang baik tetapi ada perubahan lain yang menyusahkan

Walaupun terdapat perubahan yang menarik dan mudah untuk RWMF tahun ini, masih terdapat perkara yang perlu dilihat semula untuk penambahbaikan.

Secara keseluruhan, we had a good time di RWMF! Kami juga berharap agar pihak penganjur pada masa akan datang dapat memberikan kemudahan yang setara kepada pengunjung dan vendor kerana kedua-duanya merupakan tarikan penting festival ini. Kalau ada muzik sahaja, baik tengok Youtube atau dengar dari Spotify kan?

Pengalaman itulah yang sebenarnya mahal dan tidak semua berpeluang merasai.

#RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini

Adakah anda pergi ke #RWMF2022? Bagaimana pengalaman anda? Komen di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

iloveborneo 22 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Tunggu Lama Untuk Bersalin Sehingga Bayi Meninggal, Ahli Keluarga Marah Atas Kecuaian Hospital Likas Terpaksa Tunggu Lama Untuk Bersalin Sehingga Bayi Meninggal, Ahli Keluarga Marah Atas Kecuaian Hospital Likas
Next Article Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut ‘Badan Kecil’

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

‘The Power Of Emak’ – Netizen Kagum Lihat Ibu Di Belaga Ini Selamba Tebang Pokok Tinggi Guna Chainsaw

4 Julai 2022
Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali
Cerita Borneo

Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali

4 Julai 2022
Cerita Borneo

Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

4 Julai 2022
Cerita Borneo

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

4 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?