• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Sasar 90% Kawasan Luar Bandar Nikmati Air Bersih Menjelang 2035

Oleh
Aina Musa
11 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sabah Sasar 90% Kawasan Luar Bandar Nikmati Air Bersih Menjelang 2035

Kerajaan Sabah komited selesaikan isu bekalan air

Sabah Sasar 90% Kawasan Luar Bandar Nikmati Air Bersih Menjelang 2035. Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dijangka mencapai liputan sehingga 90% menjelang tahun 2035. Ini bermakna, masalah kekurangan air di kawasan luar bandar di negeri itu dijangka dapat ditangani dengan lebih baik dalam tempoh 11 tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya mengumumkan perkembangan ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini. Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ini dibiayai melalui geran persekutuan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Sabah Sasar 90% Kawasan Luar Bandar Nikmati Air Bersih Menjelang 2035

Selain program BALB, JANS turut merancang untuk menambah kapasiti bekalan air di daerah-daerah lain di zon Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman Sabah. Perancangan ini telah dimasukkan dalam program peruntukan persekutuan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Menurut Shahelmey, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri, JANS kini mempunyai 89 Loji Rawatan Air (LRA) dengan kapasiti reka bentuk 1,534 juta liter sehari (jlh) dan pengeluaran semasa 1,420 jlh. JANS turut menyelia dan menguruskan aset-aset air di tujuh empangan, 161 set janakuasa, 1,126 rumah pam air mentah, dan 1,150 tangki simpanan air di daerah-daerah.

Kerajaan negeri turut giat melaksanakan beberapa projek jangka panjang untuk menambah baik bekalan air luar bandar. Antaranya ialah Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa Satu yang dijangka siap Mac 2025. Projek lain termasuk penambahan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti LRA Telibong II dan LRA Kogopon.

Selain itu, kerja menaiktaraf sistem bekalan air termasuk tangki simpanan di Sandakan dan memperbaiki sistem tangki simpanan air di Tawau turut dijalankan. Projek jangka panjang yang lain ialah Skim Bekalan Air Tawau Fasa III yang melibatkan pembinaan empangan air mentah berkapasiti 30 juta meter padu dan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Tawau.

Dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif ini, kerajaan Sabah berharap isu kekurangan air di kawasan luar bandar dapat diatasi sepenuhnya menjelang tahun 2035. Ini pastinya akan membawa manfaat besar kepada penduduk luar bandar di Sabah yang selama ini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih.

Baca lagi artikel menarik:

JANS Potong 679 Sambungan Paip Haram Di Kota Kinabalu Sejak Januari Tahun Ini
Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedah Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Sukma 2024
Next Article Abigail Kee Dominasi Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Dengan Dua Pingat Emas Abigail Kee Dominasi Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Dengan Dua Pingat Emas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?