Sabah Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara
Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara. Kerajaan Sabah telah menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023, yang diserahkan antara Januari hingga Jun 2024.
Menurut laporan media tempatan, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, lima negeri yang menerima sijil Pendapat Tanpa Teguran tersebut ialah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

“Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu pula menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters),” katanya.
Ketua Audit Negara juga telah mengemukakan sebanyak 260 cadangan yang disarankan untuk dipertimbangkan oleh kementerian, jabatan, agensi, dan syarikat kerajaan negeri bagi pelaksanaan.

