• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia

Oleh
Aina Musa
15 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia

Sabah bakal bina stesen pelancaran angkasa lepas

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia. Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Menurutnya, cadangan itu telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan melalui proses kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan oleh syarikat Sovereign Senalang dalam masa terdekat.

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia
Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia. Kredit: Astro Awani

Mendapat persetujuan kabinet negeri

“Kita akan menubuhkan sebuah agensi yang dikenali sebagai Sabah Space Industrial Corporation. Agensi ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor aeroangkasa di Sabah.

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia

“Cadangan ini telah dibentangkan dan mendapat persetujuan kabinet negeri. Sebagai langkah pertama, kajian kebolehlaksanaan bagi mengkaji kesesuaian pembinaan Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) di tempat yang akan ditentukan kelak,” katanya.

Bakal beri peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam Majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi di Kota Kinabalu pada Selasa.

Dalam pada itu, Arifin menambah pusat pelancaran angkasa lepas yang akan dikenali sebagai Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) itu dijangka memacu pertumbuhan sehingga 500 buah syarikat hiliran selain membuka lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia

“SLIC juga apabila terlaksana, akan dapat memacu pertumbuhan 300-500 syarikat hiliran dalam industri aero angkasa dan akan membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

Seludup Minyak Diesel Tanpa Permit Di Miri, Seorang Pemandu Van Ini Ditahan
Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya
Next Article Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?