• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT

Oleh
Nazihah AN
15 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT

Wahh tak sampai sehari beliau jadi DJ, dah dilantik jadi jawatan lain pulak

Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT. Pada hari pertama bekerja sebagai penyampai radio di HotFM, KJ telah menjadi perhatian ramai dengan lawak beliau yang spontan memecah corong radio.

Suara bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau nama panggilan mesra iaitu KJ telah berkumandang sebagai penyampai bersama Johan dan AG dalam segmen Bekpes Hot dari jam 6 hingga 10 pagi, hari ini.

Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT

Kelab Bolasepak JDT turut mengucapkan tahniah kepada beliau

Baru sehari jadi penyampai radio, kini KJ telah dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah JDT dan juga Penasihat Belia Johor. Berita baik ini telah diumumkan melalui akaun rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim beberapa minit yang lalu.

Menerusi pengumuman tersebut, Kelab Bolasepak JDT turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan beliau atas perlantikan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT
Sumber: IG officialjohor
View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Netizen turut memuji beliau

Dalam pada itu, ramai peminat bola sepak dan pengikut KJ telah memberikan sokongan dan ucapan tahniah kepada beliau melalui media sosial. Mereka berharap agar KJ akan dapat memberikan impak yang besar dalam perkembangan kelab dan juga industri bola sepak di Malaysia secara keseluruhannya.

Peranan beliau yang mengambi dua jawatan tersebut telah meraih pujian netizen. Hal ini dapat dilihat apabila beliau berada di segmen Bekpes Hot, ramai akui lebih tertarik untuk mendengarkan Bekpes Hot selepas adanya KJ ke udara. Malah ada juga yang memuji siapa yang berikan idea untuk menjemput KJ sebagai ‘keluarga’ Hot FM ini sangat bijak.

Tambah pula dengan pujian netizen apabila beliau menyertai sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT dan juga Penasihat Belia Johor. Sememangnya menambat hati ramai!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia
Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia
Next Article Hilux Ditemui Dalam 'Longkang' Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?