• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Bahayakan Nyawa, Sabah Electricity Gesa Orang Ramai Hentikan Penyambungan Haram

Oleh
Husna Hazmi
5 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Lapor segera sambungan haram untuk elak tragedi dan lindungi komuniti!

Boleh Bahayakan Nyawa, Sabah Electricity Gesa Orang Ramai Hentikan Penyambungan Haram. Dilaporkan, Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) menyeru orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan setinggan, untuk berhenti melakukan penyambungan elektrik secara haram. Tindakan ini bukan sahaja salah, tapi juga boleh membahayakan nyawa!

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sabah Electricity, Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, sambungan haram bukan main-main. Ia boleh menyebabkan kejadian buruk seperti kebakaran akibat litar pintas dan renjatan elektrik.

Boleh Bahayakan Nyawa, Sabah Electricity Gesa Orang Ramai Hentikan Penyambungan Haram
Boleh Bahayakan Nyawa, Sabah Electricity Gesa Orang Ramai Hentikan Penyambungan Haram. Sumber gambar: The Edge Malaysia

Seorang lelaki terkena renjatan elektrik

“Risiko dia besar, bukan saja pada pelaku, tapi juga jiran-jiran yang tinggal berhampiran sambungan haram itu,” katanya.

Khamis lepas, seorang lelaki terkena renjatan elektrik di Jalan Lorong Kuala Neutron. Pasukan teknikal Sabah Electricity bergegas ke lokasi sekitar pukul 11.30 malam selepas menerima aduan. Mereka terpaksa mematikan bekalan elektrik di kawasan itu untuk membolehkan pasukan bomba mengalihkan mangsa.

Boleh Bahayakan Nyawa, Sabah Electricity Gesa Orang Ramai Hentikan Penyambungan Haram
Sumber gambar: The Good Electrician

Sambungan haram pada peti pembekal jadi punca

Siasatan mendapati ada sambungan haram pada peti pembekal yang jadi punca kejadian tersebut. Pasukan Sabah Electricity terus membersihkan sambungan haram itu dan menyambung semula bekalan elektrik selepas keadaan kembali selamat.

Sabah Electricity menyeru orang ramai untuk melaporkan aktiviti penyambungan haram melalui Careline Sabah Electricity di 15444, 088-5150 00, atau WhatsApp ke 019-852 5427. Jangan biar sambungan haram terus jadi ancaman, mari sama-sama pastikan keselamatan semua!

Lagi berita untuk anda di sini:

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Padah Hina PDRM Di Facebook, Lelaki Sabah Didenda RM30K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Budaya Inspirasi Perpaduan, Ketahui Keunikan Perayaan Irau Aco Lun Bawang
Next Article Beberapa Projek Pembinaan Hotel Sudah Diluluskan, Sarawak Siap Sedia Jadi Tuan Rumah SEA Games 2027

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?