• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Gesa KKM Isi 210 Jawatan Kosong Doktor Di Klinik Kesihatan Sabah

Oleh
Farisha
30 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kekurangan doktor di Sabah, kerajaan negeri minta tindakan segera

Sabah Gesa KKM Isi 210 Jawatan Kosong Doktor Di Klinik Kesihatan Sabah. Kerajaan Sabah menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengisi 210 jawatan kosong bagi Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan seluruh negeri tersebut. Menurut Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, pengisian jawatan ini penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Di kawasan Beluran sahaja, seramai 26 perjawatan Pegawai Perubatan belum diisi termasuk di Klinik Kesihatan Sungai-Sungai seramai tiga orang,” ujarnya menurut laporan.

Sabah Gesa KKM Isi 210 Jawatan Kosong Doktor Di Klinik Kesihatan Sabah
Sabah Gesa KKM Isi 210 Jawatan Kosong Doktor Di Klinik Kesihatan Sabah

Klinik ini menerima purata 70 hingga 90 pesakit sehari dan hanya dikendalikan oleh Pembantu Perubatan. Datuk James menyeru KKM untuk mengisi semua jawatan kosong di Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di seluruh Sabah.

Beliau juga memberi maklumat tentang pembinaan Klinik Kesihatan Tangkarason. Setakat 27 Julai, kemajuan pembinaan hanya mencapai 30 peratus, lewat daripada jadual asal. Kelewatan ini disebabkan oleh cuaca hujan semasa kerja-kerja tanah. Projek ini dijangka siap pada Oktober atau November.

Kerajaan Sabah Gesa KKM Tangani Isu Kekurangan Doktor di Klinik Kesihatan

Untuk makluman, Klinik Kesihatan Tangkarason yang asal, dibina daripada kayu, musnah dalam kebakaran pada Februari 2024. Pembinaan semula klinik ini menelan belanja RM989,000. Datuk James berjanji akan terus memantau pembinaan untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual dan tidak menjadi “projek sakit”.

“Perkhidmatan Klinik Kesihatan Tangkarason buat sementara waktu beroperasi di Mini Dewan Kg. Tangkarason, walaupun dengan kemudahan perubatan yang terhad dan kurang selesa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sabah Sentiasa Sebahagian Penting, Malaysia Tegas Pertahan Kedaulatan Sabah
KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa
Next Article Penumpang Marah Sebab Airline Zalim, Ini Jawapan Abang Captain

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?