• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa

Oleh
Farisha
30 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Larangan jualan produk ais krim yang dicampurkan dengan ubat batuk tradisional

KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai larangan penjualan produk ais krim yang dicampurkan dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa. Tindakan ini diambil setelah pihak KKM menerima maklumat serius tentang aktiviti penjualan tersebut di beberapa premis ais krim.

Melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bahawa ais krim tersebut disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk Pei Pa Koa. Ubat ini, yang juga dikenali sebagai Cap Ibu dan Anak, merupakan produk berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM dalam kategori Tradisional dengan nombor pendaftaran MAL06061564T.

KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa
KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa

KKM menegaskan bahawa tindakan mencampurkan ubat dengan makanan adalah melanggar Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983. Kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ini diarahkan untuk menghentikan serta-merta demi keselamatan pengguna. KKM juga mengarahkan semua platform pengiklanan termasuk e-dagang dan media sosial untuk menghentikan penyiaran iklan berkaitan produk ini.

Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, walaupun bagi tujuan pemasaran dan melariskan jualan.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap isu keselamatan makanan dan sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

KKM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu-isu yang boleh mengancam keselamatan pengguna, terutamanya berkaitan dengan keselamatan makanan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mengandungi Racun, KKM Haramkan Penjualan Dan Penggunaan 3 Produk Kosmetik Ini
Mengandungi Racun, Jabatan Kesihatan Haramkan Penjualan Coklat Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual
Next Article Sabah Gesa KKM Isi 210 Jawatan Kosong Doktor Di Klinik Kesihatan Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?