• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Jadi Lokasi Hotspot Laluan Sindiket Dadah Ke Negara Jiran

Oleh
Farisha
15 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Sabah Jadi Transit Utama Dadah Serantau – Apa Puncanya?

Sabah Jadi Lokasi Hotspot Laluan Sindiket Dadah Ke Negara Jiran. Sabah, negeri penuh keindahan dengan gunung ganang dan pantai yang memukau, kini menjadi perhatian atas sebab yang kurang menyenangkan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Khaw Kok Chin, Sabah dikenal pasti sebagai salah satu transit point utama sindiket pengedaran dadah ke negara-negara jiran.

Sabah Jadi Lokasi Hotspot Laluan Sindiket Dadah Ke Negara Jiran
Sabah Jadi Lokasi Hotspot Laluan Sindiket Dadah Ke Negara Jiran

Kenapa Sabah Jadi Pilihan Sindiket?

Komisioner Khaw mendedahkan bahawa lokasi geografi Sabah yang strategik, bersempadan dengan beberapa negara, menjadikannya lokasi “hot” untuk sindiket menjalankan aktiviti penghantaran barang haram mereka.

“Pilihan mereka banyak – darat, laut, atau jalan tikus,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Namun, ini bukan sekadar isu transit. Sabah juga mencatat antara kes penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia. Tapi, jangan salah faham – ia bukan negeri dengan rekod tertinggi secara keseluruhan.

Hotspot Panas di Sabah

Antara lokasi yang dikenal pasti sebagai “hotspot” bagi aktiviti sindiket ialah Tawau, Sandakan, Semporna, dan pulau-pulau di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Khaw, kebanyakan dadah yang masuk ke Sabah tidak datang dari Semenanjung Malaysia, sebaliknya dari kawasan Golden Triangle di utara, sebelum disalurkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Harga Syabu Melambung Tinggi

Bayangkan, harga syabu di Malaysia sahaja sudah mencecah antara RM33,000 hingga RM35,000 sekilogram. Tapi, bila masuk ke pasaran antarabangsa, harga boleh melonjak hingga RM450,000 sekilogram.

Operasi Besar-Besaran Menanti

Untuk melawan jenayah ini, pihak berkuasa merancang operasi besar-besaran menggunakan teknologi seperti dron bagi memantau aktiviti sindiket dengan lebih efektif.

“Sabah bukan saja transit point penting, tetapi juga tempat pasaran bekalan dadah tempatan,” jelas Khaw.

Beliau turut menambah, kerjasama antara tiga agensi penguatkuasaan utama dengan sokongan PGA dan polis marin akan mempertingkatkan tindakan terhadap jenayah ini.

Masa Depan Sabah: Perjuangan Berterusan

Dengan usaha berterusan daripada pihak berkuasa, Khaw yakin jenayah ini boleh dibanteras demi menjaga kedaulatan negara.

Untuk rakyat Sabah, harapannya adalah agar keindahan negeri ini tidak terus dicemari oleh aktiviti haram ini. Sama-sama kita sokong usaha membanteras jenayah demi masa depan yang lebih cerah.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes dadah di Sabah dan Sarawak:

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa
Keldai Dadah Berskala Besar Berjaya Ditahan Di Sabah, Remaja Salah Satu Suspek Terlibat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan SARA Bakal Disalurkan Ke MyKad Setiap Bulan, Ini Panduan Semak Dan Cara Mohon Bantuan SARA Bakal Disalurkan Ke MyKad Setiap Bulan, Ini Panduan Semak Dan Cara Mohon
Next Article PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?